Safer tawarkan sifar komisen buat peniaga dan juga rakan penghantar serta pemandu yang telah mendaftar bersama Safer.

Sifar komisen ini ditawarkan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP). Ianya bergantung kepada situasi pandemik COVID-19 yang sedang melanda Malaysia. 

Bagi rakan penghantar dan pemandu Safer, ini merupakan peluang bagi mereka untuk terus bekerja. Baru – baru ini pihak kerajaan telah mengumumkan untuk semua pekerja bekerja dari rumah dan hanya 30% yang boleh keluar bekerja.

Disebabkan itu, kebanyakan pekerja di luar sana bekerja dari rumah sepanjang tempoh PKP. Berbeza pula bagi rakan penghantar dan pemandu Safer, ini adalah peluang untuk menjana pendapatan demi menyara kehidupan kerana hanya kerjaya ini yang dibenarkan untuk kekal aktif bekerja tanpa batasan sepanjang tempoh PKP ini.

Safer memahami situasi yang sedang dihadapi oleh semua peniaga dan rakan penghantar serta pemandu di Malaysia yang kurang mendapat sambutan terutama dalam tempoh PKP ini dijalankan.

BACA JUGA :   Caj Penghantaran Percuma Di Safer Food.

Promosi sifar komisen ini dijalankan khas untuk meringankan beban peniaga dan rakan penghantar serta pemandu terutama yang berdaftar di Safer. Pelancaran sifar caj  komisen ini wujud akibat keprihatinan pihak Safer kepada semua pihak. 

“Semoga dengan inisiatif prihatin daripada Safer ini, dapat membantu semua rakan niaga, rakan penghantar dan rakan pemandu menghadapi situasi sukar semasa PKP dan sepanjang pandemik COVID-19 di Malaysia yang seterusnya mampu mengembalikan kerancakan ekonomi e-hailing, p-hailing dan vendor makanan di Malaysia”, kata CEO Safer Group, Tuan Syed Fuad. 

Tambah beliau, “Pelancaran sifar komisen ini akan berlanjutan sehingga PKP tamat. Sekiranya PKP berlanjutan sehingga 3 bulan atau bahkan mungkin 6 bulan, Safer akan meneruskan promosi ini sepanjang tempoh PKP tersebut.”

“Seandainya ekonomi masih terjejas selepas PKP, kebarangkalian promosi ini dilanjutkan sepanjang tahun 2021 adalah tinggi untuk meringankan beban semua pihak.”

Pendaftaran sepenuhnya secara dalam talian adalah antara salah satu kelebihan di Safer. Pendaftar baru, baik peniaga atau rakan pemandu serta rakan penghantar, mereka boleh berurusan secara dalam talian sahaja. Ianya lebih mudah dan cepat. 

BACA JUGA :   Safer Delivery Partner & Driver Bantu Jana Pendapatan Sampingan

Pembayaran secara dalam talian melalui e-wallet juga dapat membantu dalam mengurangkan kontak rapat antara pemandu/penghantar dengan pelanggan. Ianya sekaligus dapat mematuhi arahan kerajaan dalam pelaksanaan SOP. 

Safer membuka peluang kepada anda untuk mendaftar segera sebagai vendor atau rakan penghantar dan pemandu.

Ini adalah peluang istimewa bagi peniaga supaya dapat meneruskan perniagaan sama ada restoran, peniaga kecil, peniaga trak makanan, berjual dari rumah (home-kitchen) dan rakan penghantar serta pemandu untuk peroleh pendapatan tanpa sebarang apa-apa caj penolakan.

Pendaftaran sebagai vendor Safer:  https://www.safer.my/sign-up-restaurant

Pendaftaran sebagai rakan penghantar atau pemandu Safer:  http://tinyurl.com/ycetm3vh  

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Safer, anda boleh layari laman sesawang dan juga media sosial Safer. 

Customer Service: 011-20586389
Live Chat Safer: https://www.Safer.my/
Facebook: https://www.facebook.com/Saferasia/
Instagram: https://www.instagram.com/Safer.my/
Twitter: https://twitter.com/SAFERofficial
Youtube: https://bit.ly/Safergroup

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here