Anda berminat untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di dalam bidang kejuruteraan? Daulah Educonsult sedia membantu. Tidak hanya melanjutkan pelajaran ke dalam bidang yang diminati, malah anda juga boleh sambung belajar di luar negara!

Di dalam penulisan kali ini, Deenamik akan tujukan artikel ini kepada anda yang meminati bidang kejuruteraan. Terdapat beberapa universiti di luar negara yang menawarkan tempat buat pelajar Malaysia yang ingin menyambung pengajian ke dalam bidang kejuruteraan.

Universiti pilihan tersebut adalah :

  1. Moscow Aviation Institute, Rusia

Moscow Aviation Institute telah ditubukan sebagai universiti penerbangan utama dengan 38 jabatan, 22 makmal dan pejabat reka bentuk. Keistimewaan MAI ialah sejarah yang dicipta untuk melatih pakar untuk hampir semua jabatan dan pasukan dalam Biro Reka Bentuk industri penerbangan. Tempoh pengajian yang maksimum adalah selama 4 tahun.

2. Vistula University, Poland

Vistula University menawarkan bidang kejuruteraan komputer kepada para pelajar. Universiti ini adalah antara universiti swasta terbaik yang ada di Poland. Pembelajaran di universiti terdiri daripada penggunaan dua bahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Poland. Pengajian bagi pendidikan Ijazah Sarjana Muda adalah selama 3 tahun dan setengah.

BACA JUGA :   Peluang Lanjutkan Pengajian Di Indonesia Sesi September 2021.

3. Warsaw University of Technology, Poland

Universiti ini adalah antara universiti teknikal tertua dan yang terbaik di Poland. Warsaw University of Technology mempunyai lebih daripada 180 kumpulan penyelidikan, organisasi dan persatuan pelajar aktif, dan tawaran pendidikan termasuk lebih daripada 30 bidang pengajian (juga dengan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar). Terdapat pelbagai bidang pengajian yang boleh dipilih mengikut minat anda.

Jika anda berminat untuk belajar di antara universiti yang telah dinyatakan, anda boleh membuat pendaftaran kemasukan melalui Daulah Educonsult. Pendaftaran bagi sesi 2021 telah dibuka kepada pelajar lepasan SPM, IGCSE, O-Level, A-Level, Asasi, STPM, STAM, IB, Diploma dan lain-lain lepasan yang setaraf.

BACA JUGA :   Kemasukan sesi 2020 di Kursk State Medical University Rusia

Berminat Lanjutkan Pengajian ke Luar Negara?

Daftar Segera Bersama Daulah Educonsult!

Daulah Educonsult merupakan antara platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke dalam bidang pengajian yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa. Perkara ini seiring dengan pengalaman syarikat yang telah menguruskan pelajar ke pelbagai negara terutamanya ke Mesir dan Rusia. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian, Farmasi, Pengajian Islam dan lain-lain.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan permohonan kemasukan atau semakan kelayakan, anda boleh menghubungi konsultan Daulah Educonsult di talian :

Customer service : 018-9624322
Nombor pejabat : 03-92851322
Konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)

Daulah Educonsult
Facebook : Daulah Educonsult 
Website : http://daulahmedic.com/

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here