Lanjutkan pengajian di Mesir menerusi Program Madrasah Daulah. Pelajar akan belajar bidang pengajian islam menerusi Program ini. Jika berminat, pelajar digalakkan mendaftar di Program Madrasah Daulah.

Ini kerana Madrasah Daulah merupakan sebuah institusi yang akan menguruskan dan membimbing pelajar bagi menuntut ilmu di Maahad Buuth.  Maahad Buuth pula merupakan sebuah sekolah menengah yang bertaraf antarabangsa yang terdiri daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 6.

Bagi pelajar yang berminat bagi mendalami ilmu pengajian islam digalakkan untuk terus mendaftar. Pelajar yang mahu menyambung pengajian sehingga ke Universi Al-Azhar, boleh mendaftar. Ini kerana menerusi program ini, pelajar tidak memerlukan sijil SPM dan STAM untuk memasuki ke Universiti Al-Azhar.

Pengajian di Universiti Al-Azhar adalah selama 4 tahun. Jika pelajar mahu memasuki Program Madrasah Daulah. Pastikan pelajar mematuhi syarat – syarat yang telah ditetapkan.

Antara syarat yang ditetapkan ialah ;

  • Berumur 14 hingga 21 tahun.
  • Lelaki atau perempuan
  • Pelajar yang mempunyai semangat tinggi untuk belajar.
  • Bersedia mengikuti peraturan dan aktiviti yang ditetapkan.
BACA JUGA :   Pengajian Di Maahad Buuth Tidak Memerlukan Sijil SPM Atau STAM.

Para pelajar akan ditempatkan di Madrasah Daulah terlebih dahulu sementara menunggu nama naik untuk menduduki ujian kemasukan ke Maahad Buuth.

Sementara menunggu nama naik, pelajar akan mengikuti kelas di Madrasah Daulah sebagai persedian menghadapi ujian kelayakan. Antara subjek yang akan diajar di Madrasah Daulah :

  • Tahsinul Quran
  • Tahfizul Quran
  • Talaqqi Dalaman
  • Pengajian Bahasa Arab
  • Pengajian Umum
  • Program Study Tour
  • Talaqqi Kitab Bersama Syeikh

Pelajar perlu menduduki ujian kelayakan sebelum dapat memasuki ke Maahad Buuth. Ujian kelayakan yang dimaksudkan ialah Ujian Imtihan Qabul.

Ianya akan menentukan sama ada pelajar berjaya atau tidak untuk menempatkan diri di Maahad Buuth. Sebelum menduduki Ujian Imtihan Qabul pelajar akan menghadiri kelas.

Kelas yang dimaksudkan ialah Markaz Nile dan Sanad Tahsinul Quran. Markaz Nile adalah kelas Bahasa Arab, manakala Sanad Tahsinul Quran adalah kelas khatam 30 juzuk Al – Quran. Manakala, bagi pelajar yang akan dimasukkan ke Dirosoh Khossor mereka akan mempelajari ilmu pengajian islam.

BACA JUGA :   Menteri Pendidikan Letak Jawatan Selepas Dapatkan Nasihat Dari Tun M

Pelajar yang tidak berjaya untuk melepasi ujian kelayakan, mereka akan dimasukkan ke Dirosoh Khossor terlebih dahulu. Di situ, pelajar akan mendalami ilmu pengajian islam.

Program Madrasah Daulah masih menerima kemasukan pelajar untuk sesi 2021. Sekiranya pelajar berminat mahu melanjutkan pengajian di Maahad Buuth, segera mendaftar untuk mendapatkan tempat.

Segala pertanyaan boleh menghubungi talian di bawah dan maklumat lanjut boleh didapati di laman web serta media sosial kami.

Madrasah Daulah : https://madrasahdaulah.com/
Daulah Educonsult : https://daulahmedic.com/
Instagram : https://www.instagram.com/daulah_educonsult/
Hubungi talian hotline : 0392851322
Customer service 1 : 0189624322
Customer service 2 : 0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here