Sambung pengajian sehingga ke Universiti Al-Azhar di Mesir menerusi Program Madrasah Daulah.

Bagi pelajar yang berminat mahu mendalami ilmu pengajian islam digalakkan mendaftar untuk mendapatkan tempat.

Program ini adalah jalan yang terbaik untuk menyambung pengajian sehingga peringkat Ijazah Sarjana. Jika pelajar berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang di Maahad Buuth.

Mereka secara tidak langsung akan terus diserap ke Universiti Al – Azhar yang terletak di Mesir. Pengajian di Universiti Al – Azhar mengambil masa selama 4 tahun.

Untuk maklumat pelajar, Madrasah Daulah ini merupakan sebuah institusi yang menguruskan dan membimbing pelajar bagi menuntut ilmu di Maahad Buuth. Maahad Buuth pula merupakan sebuah sekolah menengah yang terdiri daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 6.

Malah, pengajian di Maahad Buuth adalah sama dengan dengan STAM yang terdapat di Malaysia. Pelajar masih boleh menyertai Program Madrasah Daulah walaupun tidak memiliki sijil seperti SPM dan STAM.

Sebelum para pelajar dapat menempatkan diri di Maahad Buuth. Pelajar akan ditempatkan di Madrasah Daulah terlebih dahulu sementara menunggu nama pelajar dipanggil untuk menduduki ujian kemasukan ke Maahad Buuth.

BACA JUGA :   DAPATKAN PEMANDANGAN DAN PENGALAMAN TERBAIK DI TEMPAT MENARIK DI INDONESIA

Sementara menunggu nama naik, pelajar akan mengikuti kelas di Madrasah Daulah sebagai persedian menghadapi ujian kelayakan. Antara subjek yang akan diajar di Madrasah Daulah :

  • Tahsinul Quran
  • Tahfizul Quran
  • Talaqqi Dalaman
  • Pengajian Bahasa Arab
  • Pengajian Umum
  • Program Study Tour
  • Talaqqi Kitab Bersama Syeikh

Bagi memasuki ke Maahad Buuth pelajar perlu menduduki ujian kelayakan terlebih dahulu. Ujian kelayakan yang dimaksudkan ialah Ujian Imtihan Qabul. Ujian ini akan menentukan sama ada pelajar berjaya atau tidak untuk menempatkan diri di Maahad Buuth.

Pelajar yang tidak berjaya untuk melepasi ujian kelayakan, mereka akan dimasukkan ke Dirosoh Khossor terlebih dahulu. Sebelum menduduki Ujian Imtihan Qabul pelajar akan menghadiri kelas.

Kelas yang dimaksudkan ialah Markaz Nile dan Sanad Tahsinul Quran.

  • Markaz Nile adalah kelas Bahasa Arab.
  • Sanad Tahsinul Quran adalah kelas khatam 30 juzuk Al – Quran.
BACA JUGA :   Belajar Dalam Bidang Kejuruteraan Di Luar Negara Menerusi Daulah Educonsult.

Manakala, bagi pelajar yang akan dimasukkan ke Dirosoh Khossor mereka akan mempelajari ilmu pengajian islam.

Syarat kelayakan untuk memasuki Program Madrasah Daulah.

  • Lelaki atau perempuan.
  • Berumur 14 tahun hingga 21 tahun.
  • Berkemahuan tinggi untuk belajar.
  • Bersedia mengikut peraturan & aktiviti yang ditetapkan.

Kemasukan ke Program Madrasah Daulah masih dibuka dan sesi kemasukan ialah 2021 ini. Sekiranya pelajar berminat mahu melanjutkan pengajian di Maahad Buuth, segera mendaftar untuk mendapatkan tempat. Klik borang di bawah untuk mendaftar dan memohon tempat.

Borang Kemasukan:
https://www.cognitoforms.com/DaulahEduconsult/pendaftaranmadrasahdaulahdimesir

Segala pertanyaan boleh menghubungi talian di bawah dan maklumat lanjut boleh didapati di laman web serta media sosial kami.

Madrasah Daulah : https://madrasahdaulah.com/
Daulah Educonsult : https://daulahmedic.com/
Instagram : https://www.instagram.com/daulah_educonsult/
Hubungi talian hotline : 0392851322
Customer service 1 : 0189624322
Customer service 2 : 0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here