Kes harian COVID-19 yang dicatatkan semalam adalah sebanyak 3 306 kes. Dengan jumlah tersebut, ia telah menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 161 740 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 38,791 kes.
Walaupun kes harian yang dilaporkan adalah tinggi. Jumlah pulih juga masih berada di angka tinggi iaitu sebanyak 2 293 kes. Menerusi kenyataan akbar KPK, negeri Selangor telah merekodkan jumlah kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1 213 kes. Diikuti dengan Sabah 432 kes dan Johor 329 kes.
Peningkatan kes yang berlaku ini telah membuatkan kapasiti di hospital hampir penuh. Malah, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ada menyatakan langkah – langkah untuk melakukan kuarantin diri di rumah jika anda berada di situasi berikut.
- Tidak mengalami sebarang gejala atau mengalami gejala ringan.
- Bukan daripada golongan berisiko tinggi, contohnya warga emas dan pesakit kronik.
- Mempunyai penjaga yang sesuai.
- Kesesuaian tempat kediaman bagi tujuan pengasingan diri.
Daripada kenyataan akhbar KPK, kontak rapat kepada kes positif perlu menjalani kuarantin atau pengasingan sama seperti yang diamalkan sebelum ini. Bagi mereka yang bergejala diberikan keutamaan untuk melakukan ujian swab COVID-1.
Hal ini mungkin disebabkan ujian swab COVID-19 tidak dapat dijalankan untuk semua kontak rapat. Terutama bagi mereka yang berada di sesetengah daerah atau negeri yang mempunyai bebanan kes yang amat tinggi.
Penekanan perlu diberikan kepada usaha mengasingkan semua individu yang terdedah kepada kes positif daripada menjangkiti individu lain. Kuarantin ini tertakluk kepada tempoh 10 hari dengan mengambilkira tahap kebolehjangkitan adalah sangat rendah selepas tempoh tersebut.
Disebabkan itu, bagi mereka yang tidak mempunyai gejala atau tidak mempunyai kontak rapat kepada kes positif, pastikan anda mematuhi arahan dan nasihat yang dikeluarkan oleh KKM.
Setiap orang pastikan anda mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan dan KKM. KKM turut menyarankan untuk semua mestilah mengamalkan 3W dan mengelakkan 3S/3C.
Elakkan 3S/3C.
- Elakkan berada di tempat sesak (crowded places)
- Elakkan juga berada di tempat sempit (confined places)
- Elakkan untuk bersembang pada jarak dekat (close conversation)
Amalkan 3W.
- Kerapkan untuk mencuci tangan dengan sabun (wash),
- Memakai pelitup muka di tempat awam dan jika bergejala (wear) dan
- Beri amaran (warn) seperti ;
- Amalkan etika batuk dan bersin,
- Elak kunjung mengunjungi,
- Dapatkan rawatan jika bergejala dan
- Sanitasi tempat yang kerap disentuh.
Sumber: Kenyataan Akbar KPK, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)