Pengajian menerusi Program Madrasah Daulah ini tidak memerlukan sijil SPM ataupun sijil STAM. Disebabkan itu, jika pelajar berminat mahu melanjutkan pengajian sehingga ke Universiti Al – Azhar. Pelajar digalakkan untuk mendaftar menerusi program ini.

Pengajian di Universiti Al-Azhar adalah selama 4 tahun. Jika pelajar mahu memasuki Program Madrasah Daulah. Pelajar perlu mematuhi syarat – syarat yang telah ditetapkan sebelum mendaftar di Program Madrasah Daulah.

Antara syarat yang telah ditetapkan ialah ;

  • Berumur 14 hingga 21 tahun.
  • Lelaki atau perempuan
  • Pelajar yang mempunyai semangat tinggi untuk belajar.
  • Bersedia mengikuti peraturan dan aktiviti yang ditetapkan.

Menerusi program ini pelajar akan belajar bidang pengajian islam di Mesir. Pelajar yang mendaftar di program ini akan di masukkan ke Madrasah Daulah terlebih dahulu. Madrasah Daulah merupakan sebuah institusi yang akan menguruskan dan membimbing pelajar bagi menuntut ilmu di Maahad Buuth.

BACA JUGA :   CARA KEKAL SEMANGAT DI TEMPAT KERJA

Maahad Buuth pula merupakan sebuah sekolah menengah yang bertaraf antarabangsa yang terdiri daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 6. Para pelajar akan ditempatkan di Madrasah Daulah dahulu kerana perlu menunggu nama naik untuk menduduki ujian kemasukan ke Maahad Buuth.

Sementara menunggu nama naik, pelajar akan mengikuti kelas di Madrasah Daulah sebagai persedian menghadapi ujian kelayakan.

Antara subjek yang akan diajar di Madrasah Daulah :

  • Tahsinul Quran
  • Tahfizul Quran
  • Talaqqi Dalaman
  • Pengajian Bahasa Arab
  • Pengajian Umum
  • Program Study Tour
  • Talaqqi Kitab Bersama Syeikh

Ujian kelayakan yang dimaksudkan ialah Ujian Imtihan Qabul. Ujian ini akan menentukan sama ada pelajar berjaya atau tidak untuk menempatkan diri di Maahad Buuth. Sebelum menduduki Ujian Imtihan Qabul pelajar akan menghadiri kelas.

Kelas yang dimaksudkan ialah Markaz Nile dan Sanad Tahsinul Quran. Markaz Nile adalah kelas Bahasa Arab, manakala Sanad Tahsinul Quran adalah kelas khatam 30 juzuk Al – Quran. Manakala, bagi pelajar yang akan dimasukkan ke Dirosoh Khossor mereka akan mempelajari ilmu pengajian islam.

BACA JUGA :   Sambung Pengajian Ke Peringkat Ijazah Sarjana Muda Dalam Bidang Pengajian Islam Di UIN SUSKA Riau, Indonesia

Pelajar yang tidak berjaya untuk melepasi ujian kelayakan, mereka akan dimasukkan ke Dirosoh Khossor terlebih dahulu. Di situ, pelajar akan mendalami ilmu pengajian islam.

Program Madrasah Daulah masih menerima kemasukan pelajar untuk sesi 2021. Kemasukan yang terdekat adalah untuk sesi Februari dan Mac. Sekiranya pelajar berminat mahu melanjutkan pengajian di Maahad Buuth, segera mendaftar untuk mendapatkan tempat. Klik link di bawah untuk terus mendaftar.

Borang Kemasukan:
https://www.cognitoforms.com/DaulahEduconsult/pendaftaranmadrasahdaulahdimesir

Segala pertanyaan boleh menghubungi talian di bawah dan maklumat lanjut boleh didapati di laman web serta media sosial kami.

Madrasah Daulah : https://madrasahdaulah.com/
Daulah Educonsult : https://daulahmedic.com/
Instagram : https://www.instagram.com/daulah_educonsult/
Hubungi talian hotline : 0392851322
Customer service 1 : 0189624322
Customer service 2 : 0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here