Adakah anda menyimpan impian untuk melanjutkan pelajaran di dalam bidang Pengajian Islam di Universiti Al-Azhar, Mesir? Anda merupakan pelajar pondok atau anda tidak mempunyai Sijil Tinggi Agama Malaysia?

Daulah Educonsult ada jawapannya. Jika anda tidak mempunyai sebarang sijil pendidikan, anda juga boleh menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi menerusi Program Madrasah Daulah.

Program Madrasah Daulah adalah platform yang dibina untuk pelajar yang mahu melanjutkan pelajaran di dalam bidang Pengajian Islam di Mesir. Platform ini terbuka kepada pelajar yang benar-benar berminat dan mempunyai kesungguhan yang tinggi.

Had umur bagi pendaftaran masuk ke Program Madrasah Daulah adalah 12 sehingga 21 tahun. Di Madrasah Daulah, pelajar akan menyertai aktiviti yang telah dianjurkan seperti:

  • Tahfizul Qur’an
  • Tahsinul Qur’an
  • Talaqqi Dalaman
  • Pengajian Umum
  • Program Study Tour
  • Pengajian Bahasa Arab
  • Talaqqi Kitab Bersama Syeikh
BACA JUGA :   Ayuh Sambung Belajar Dalam Bidang Kejuruteraan Di Rusia dan Poland (September 2021)

Pelajar akan tetap menyertai aktiviti di Madrasah Daulah sehingga nama dipanggil untuk menjalani Ujian Imtihan Qabul. Ujian Imtihan Qabul adalah sebagai penentu sama ada pelajar layak untuk memasuki Maahad Buuth atau sebaliknya.

Pelajar yang dapat melepasi Ujian Imtihan Qabul dengan cemerlang boleh terus memasuki Maahad Buuth. Manakala bagi mereka yang tidak mendapatkan keputusan yang memuaskan akan ditempatkan di Dirosah Khossoh.

Dirosah Khossoh merupakan sekolah pra-menengah bagi pelajar untuk memantapkan lagi diri sebelum memasuki Maahad Buuth. Terdapat lima tingkatan di Dirosah Khossoh dan jika pelajar berjaya menghabiskan semua tingkatan, pelajar akan terus diserap ke Maahad Buuth.

Maahad Buuth pula adalah sekolah menengah Islam Antarabangsa yang mempunyai enam tingkatan yang perlu dihadapi oleh pelajar. Sistem pendidikan di Mesir adalah sistem lompat dan pelajar dinilai berdasarkan kemampuan pelajar itu sendiri.

BACA JUGA :   Tawaran Belajar Ke Bangladesh Dibuka Semula Sesi 2020

Di Maahad Buuth, pelajar akan belajar di dalam suasana yang mempunyai pelbagai latar belakang. Perbezaan umur di kalangan pelajar di dalam satu tingkatan adalah biasa akibat penggunaan sistem lompat ini.

Setelah pelajar berjaya menghabiskan pelajaran di Maahad Buuth, pelajar akan terus boleh mendaftarkan diri ke Universiti Al-Azhar. Pelajar boleh memilih untuk menyambung pelajaran di antara bidang Pengajian Islam seperti Bahasa Arab, Usuluddin dan Syariah Islamiah.

Pendaftaran kemasukan ke Program Madrasah Daulah boleh dilakukan menerusi Daulah Educonsult. Jika pelajar betul-betul berminat, pelajar boleh mengisi borang pra-pendaftaran ke Program Madrasah Daulah di https://bit.ly/2NKhn8L.

Sebarang pertanyaan lanjut anda boleh hubungi pihak Daulah Educonsult di:

Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor pejabat : 03-92851322

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here