Adakah anda sudah mendaftar sebagai vendor makanan di Safer Food Merchant? Jika belum, pastikan anda mendaftar sekarang!

Mengapa perlu mendaftar? Safer kini sedang menjalankan satu promosi di mana peniaga yang mendaftar bersama Safer tidak akan dikenakan apa-apa caj komisen. Promosi ini berlangsung sepanjang tempoh PKP dan mungkin berlarutan jika prestasi permintaan pelanggan memberangsangkan.

Antara sebab lain anda perlu mendaftar adalah pendaftaran bersama Safer Food Merchant ini adalah percuma! Safer juga menawarkan Safer Delivery Partner sebagai pembantu anda untuk menghantarkan makanan yang telah dipesan oleh pelanggan.

Pendaftaran boleh dilakukan menerusi pautan https://www.safer.my/sign-up-restaurant. Sewaktu pendaftaran dilakukan, peniaga perlu mengisi beberapa butiran penting berkaitan perniagaan yang bakal diniagakan dan memberikan salinan dokumen penting kepada pihak Safer.

Antara dokumen penting yang diperlukan adalah:

  • Lesen perniagaan
  • Sijil daripada SSM
  • Sijil halal
  • Kad pengenalan peniaga
  • Akaun bank
BACA JUGA :   Safer Food Bantu Peniaga Kecil Promosikan Makanan di Dalam Satu Aplikasi

Selain daripada dokumen yang terlibat, peniaga juga perlu menetapkan beberapa tetapan berkaitan perniagaan. Tetapan tersebut adalah:

  • Lokasi perniagaan dijalankan
  • Waktu perniagaan beroperasi
  • Menu makanan berserta gambar
  • Harga makanan yang dijual

Jika peniaga mempunyai sebarang perubahan yang ingin dilakukan, peniaga boleh mengubah tetapan tersebut pada bila-bila masa sahaja. Peniaga juga boleh memuat turun aplikasi Safer untuk Food Merchant di telefon pintar anda.

Aplikasi tersebut boleh diperoleh di:

Google Play Store: https://bit.ly/SaferFood-PlayStore-Install

Apple App Store: https://bit.ly/SaferFood-AppStore

Selain mengubah beberapa tetapan berkaitan perniagaan, peniaga juga boleh menyemak butiran keluar masuk yang terjadi sepanjang transaksi bersama pelanggan. Akaun perniagaan akan diuruskan sepenuhnya oleh peniaga sendiri.

Selain daripada itu, peniaga juga boleh menetapkan waktu untuk tidak mengambil pesanan buat sementara sepanjang waktu operasi. Perkara ini boleh dilakukan jika perniagaan sudah mempunyai lebih pesanan atau peniaga mahu berehat dan mahu menguruskan diri sebentar. Apabila sudah boleh menerima pesanan secara dalam talian, peniaga boleh mengubah semua tetapan yang telah dilakukan.

BACA JUGA :   Jom Daftar Sebagai Vendor Di Safer Food Sekarang!!

Perniagaan secara dalam talian dilihat menjadi sesuatu yang mendapat permintaan ramai pada masa kini. Oleh itu, Safer menyeru kepada semua peniaga di luar sana untuk bersama-sama bangkit dari kelumpuhan ekonomi sewaktu pandemik ini.

Tidak kira peniaga kecil yang ada di warung tepi jalan, lot kedai, berniaga dari rumah, atau berniaga trak makanan, semuanya boleh mendaftar asalkan mencukupi syarat yang ditetapkan.

Apa lagi yang anda tunggu?! Ayuh siapkan alatan memasak anda dan tunggu pesanan daripada pelanggan secara dalam talian sekarang! Sebarang maklumat lanjut, anda boleh berhubung dengan pihak Safer di:

Customer Service : 011-2058 6389
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Official Website : https://safer.asia/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
Youtube : https://bit.ly/safergroup

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here