saferAnda menghadapi kesukaran pada masa Perintah Kawalan Pergerakan? Diberhentikan kerja sementara atau kerja mengikut sales yang tidak menentu?

Jangan bimbang! Anda boleh peroleh pendapatan tambahan dengan menjadi ‘Abang Rider’ atau ‘Abang Driver’. Safer memberikan peluang kepada anda semua yang menepati syarat kelayakan untuk mengaut keuntungan sewaktu PKP ini.

Mengapa anda perlu mendaftar sebagai Rider atau Driver bersama Safer? Safer kini menawarkan promosi untuk tidak mengenakan sebarang caj terhadap setiap job yang diterima oleh Rider dan Driver.

Oleh itu, rebut peluang ini dan jana pendapatan tambahan sepanjang PKP berlangsung. Syarat untuk menjadi Rider dan Driver Safer adalah seperti yang berikut:

Syarat menjadi Rider Safer:

  • Memiliki kenderaan seperti motosikal, kereta, van, pick-up truck dan lain-lain.
  • Memiliki lesen memandu yang sah.
  • Tiada had tahun buatan kenderaan yang ditetapkan.
  • Mempunyai telefon pintar dengan akses internet yang berfungsi dengan baik.
BACA JUGA :   Gunakan Safer Untuk Rasai Kesemua Perkhidmatan Dalam Satu Aplikasi Sahaja

Syarat menjadi Driver Safer:

  • Memiliki kenderaan seperti motosikal atau kereta.
  • Memiliki lesen memandu yang sah dan penuh.
  • Tahun buatan kenderaan 2012 dan ke atas.
  • Mempunyai telefon pintar dengan akses internet yang berfungsi dengan baik.
  • Mempunyai lesen PSV (boleh diperoleh sendiri dengan menjalani ujian di JPJ) dan EVP (diuruskan oleh pihak Safer).

Sekiranya anda memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan ini, anda boleh terus melakukan pendaftaran di http://tinyurl.com/ycetm3vh. Berikut adalah senarai dokumen yang diperlukan anda sewaktu pendaftaran:

  • Kad pengenalan.
  • Geran kenderaan.
  • Roadtax kenderaan.
  • Insurans kenderaan.
  • Akaun bank.

Setelah melakukan pendaftaran dengan melengkapkan butiran yang diperlukan, anda perlu menunggu akaun anda diaktifkan. Masa pengaktifan adalah 24 jam pada hari bekerja. Dalam pada itu, anda boleh memuat turun aplikasi Safer Provider bagi kegunaan Rider dan juga Driver.

Aplikasi tersebut boleh dimuat turun di:

saferAplikasi tersebut adalah untuk kemudahan Rider dan Driver. Kerja yang bakal diterima oleh Rider dan Driver adalah melalui perkhidmatan yang dijalankan oleh pihak Safer seperti:

  • Safer Ride: Menghantar penumpang ke satu destinasi ke destinasi lain.
  • Safer Food: Menghantar pesanan makanan yang telah ditempah kepada pengguna.
  • Safer Delivery: Menghantar barangan pelanggan ke destinasi yang telah ditetapkan.
  • Safer Concierge: Menghantar sambil membantu penumpang yang memerlukan.

Selain membuat penghantaran dan jana pendapatan aktif, anda juga boleh jana pendapatan tambahan iaitu pendapatan pasif. Pendapatan pasif ini boleh dijana dengan cara berkongsikan referral code anda kepada pengguna baharu yang masih belum mendaftar bersama Safer.

Untuk sebarang maklumat lanjut, anda boleh dapatkan maklumat dengan klik pautan di bawah.

Customer Service : 011-2058 6389
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Official Website : https://safer.asia/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
Youtube : https://bit.ly/safergroup

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here