Home Variasi Pendidikan KSMU: Universiti Terbaik Untuk Lanjut Pengajian Dalam Bidang Perubatan.

KSMU: Universiti Terbaik Untuk Lanjut Pengajian Dalam Bidang Perubatan.

0
746

Orang kata kalau tak kenal, maka tak cinta. Jadi apa kata Deenamik ajak anda semua untuk mengenali KSMU atau Kursk State Medical University ini secara lebih mendalam.

KSMU adalah sebuah universiti yang terletak di bandar Kursk, Rusia. Iklim di bandar Kursk boleh mencecah sehingga 30 darjah selsius sehingga -20 darjah selsius. Kursk yang juga merupakan antara bandar purba di Rusia merupakan antara tarikannya yang menarik.

KSMU adalah universiti perubatan yang terbaik buat para pelajar untuk melanjutkan pengajian dalam bidang ini. KSMU telah dibuka secara rasmi pada tahun 1935 dan diiktiraf secara rasmi sebagai universiti sekitar tahun 1994.

Tidak hanya sekadar universiti perubatan pelbagai disiplin, KSMU ini juga merupakan sebuah pusat perubatan, pendidikan dan kebudayaan di Central Black Earth dan di rantau Kursk. Kursk State Medical University ini juga merupakan antara 10 Universiti Perubatan Terbaik di Rusia.

Tidak hanya itu, KSMU juga merupakan universiti pertama yang menawarkan pengajian di dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya. Pengajian di KSMU juga adalah terbuka kepada lepasan SPM dan setaraf. Pelajar lepasan ini akan menjalani pengajian pra-perubatan terlebih dahulu sebelum menyambung peringkat Ijazah Sarjana Muda Perubatan.

Gambar pelajar KSMU bersiar-siar di sekitar Rusia.

Pengajian pra-perubatan adalah selama 1 tahun. Bagi pelajar lepasan Asasi, Matrikulasi atau apa-apa lepasan setaraf, pelajar boleh terus mendaftar ke peringkat Ijazah Perubatan terus. Pengajian bagi bidang perubatan pula adalah selama 6 tahun.

Tempoh Pengajian Pra-Perubatan
1 tahun (pra) + 6 tahun (perubatan)

Tempoh Pengajian Perubatan
6 tahun

Syarat kelayakan untuk memasuki KSMU adalah mempunyai sekurang-kurangnya minimum B bagi semua subjek Sains dan wajib untuk mempunyai subjek Biologi, Kimia, Fizik dan Matematik Tambahan.

KSMU juga mempunyai pejabat pengurusan universiti yang terletak di Kuala Lumpur. Dalam pada itu, yuran jenis ‘Lock Fee’ juga telah dikenakan oleh KSMU. Perkara ini menyebabkan yuran pengajian tidak akan berubah mengikut tahun seperti dilakukan oleh universiti luar negara yang lain.

Jika anda berminat untuk kemasukan ke universiti KSMU, anda boleh membuat pendaftaran bersama Daulah Educonsult. Pendaftaran kemasukan dibuka bagi sesi Februari, April, Jun dan September.

Bagi anda yang betul-betul berminat, anda boleh mendaftar di borang pra-daftar di sini. Namun, jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut berkaitan tawaran ini, anda boleh menghubungi pihak Daulah Educonsult di:

Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor pejabat : 03-92851322

Berminat Lanjutkan Pengajian ke Luar Negara?

Daftar Segera Bersama Daulah Educonsult!

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke dalam bidang pengajian yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa. Perkara ini seiring dengan pengalaman syarikat yang telah menguruskan pelajar ke pelbagai negara terutamanya ke Mesir dan Rusia. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian, Farmasi, Pengajian Islam dan lain-lain.

NO COMMENTS