Perniagaan secara dalam talian merupakan suatu kemestian pada abad ini. Dengan adanya sekatan yang dikenakan kepada sesetengah perniagaan sewaktu PKP, perniagaan dalam talian adalah antara talian hayat buat para peniaga.

Oleh itu, Safer Food Merchant kini masih membuka peluang kepada semua peniaga di luar sana tidak kira peniaga kecil atau sederhana atau besar. Peluang ini dibuka luas kepada peniaga yang memenuhi syarat yang telah ditetapkan.

Jika anda berminat untuk berniaga secara dalam talian, anda boleh mendaftarkan diri sebagai vendor makanan di Safer. Pendaftaran sebagai vendor adalah percuma sahaja! Dalam pada itu, peniaga juga dapat berniaga secara percuma kerana Safer tidak akan mengenakan apa-apa caj penolakan komisen!

Safer memahami kerugian yang ditanggung oleh peniaga makanan terutama peniaga kecil yang terjejas akibat pelaksanaan PKP. Oleh itu, peluang ini dibuka kepada semua peniaga untuk mencari ruang dalam memasarkan perniagaan dengan lebih luas tanpa membebankan peniaga dengan caj tambahan.

BACA JUGA :   Konsultan SAFER FOOD Mampu Jana Pendapatan Sampingan

Pendaftaran boleh dilakukan di https://www.safer.my/sign-up-restaurant. Sewaktu melakukan pendaftaran, terdapat beberapa butiran penting yang perlu diberikan seperti:

  1. Lesen perniagaan
  2. Lesen daripada SSM
  3. Sijil Halal
  4. Kad Pengenalan
  5. Akaun Bank

Maklumat berkaitan perniagaan juga perlu diisi supaya dapat memudahkan pihak Safer untuk mengaktifkan perniagaan anda. Dalam masa yang sama, ianya untuk memudahkan pengguna Safer.

Anatara butiran lain yang perluu diberikan adalah:

  • Lokasi perniagaan dijalankan
  • Waktu perniagaan beroperasi
  • Menu dan gambar makanan
  • Harga makanan

Setelah selesai memberikan segala maklumat yang diberikan, peniaga boleh memuat turun aplikasi Safer untuK Food Merchant. Aplikasi ini boleh diperoleh di:

Google Play Store ?: https://bit.ly/SaferFood-PlayStore-Install

Apple Store ?: https://bit.ly/SaferFood-AppStore

BACA JUGA :   Sertai Safer Sebagai Rakan Penghantar Dan Jana Pendapatan Pasif & Aktif.

Dengan adanya aplikasi ini, peniaga boleh memantau akaun perniagaan dan menerima pesanan daripada pelanggan atau pengguna Safer. Tambahan daripada itu, Safer Food juga menyediakan satu lagi promosi buat vendor Safer iaitu mempromosikan vendor secara dalam talian.

Safer juga mempunyai rakan penghantar yang akan membantu menghantar pesanan makanan kepada pelanggan. Peniaga hanya perlu menerima pesanan dan membuat pesanan tersebut mengikut keinginan pengguna.

Jika peniaga mempunyai kesukaran untuk mendaftarkan diri, peniaga boleh mengikuti kelas yang dianjurkan oleh Safer Food. Peniaga boleh menempah kelas tersebut dengan mengisi borang di sini.

Segala pertanyaan lanjut boleh anda ajukan kepada pihak Safer menerusi pautan di bawah:

Customer Service : 011-2058 6389
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Official Website : https://safer.asia/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
Youtube : https://bit.ly/safergroup

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here