Anda merupakan pelajar lepasan SPM, STPM, O-Level, A-level, Diploma, Asasi, Matrikulasi atau apa-apa lepasan setaraf? Mahu melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di peringkat Ijazah Sarjana Muda?
Baca artikel ini sehingga tamat!
Mari lihat universiti mana yang menawarkan tempat kepada pelajar Malaysia untuk sambung pengajian.
- Universitas Sumatera Utara, Medan
Universitas Sumatera Utara atau USU yang terletak di Medan menawarkan bidang pengajian di dalam bidang perubatan terbaik. Universiti ini dibina pada tahun 1952 bermula dengan penubuhan Yayasan Universiti Sumatera Utara. Universiti ini turut menawarkan pelbagai kos di dalam bidang perubatan seperti pergigian dan farmasi. Tempoh pengajian bidang perubatan dan pergigian adalah selama 5 tahun dan bidang farmasi selama 4 tahun.
2. Universitas Airlangga, Surabaya
Universiti ini adalah universiti kedua tertua dan juga merupakan universiti awam di Indonesia. Bermula dengan fakulti perubatan dan fakulti pergigian, universiti ini kemudiannya bercambah dengan pertambahan sebanyak 15 lagi fakulti. Terdapat pelbagai kos di dalam bidang sains kesihatan yang boleh anda pilih untuk melanjutkan pengajian.
3. Universitas Padjadjaran, Bandung
Universitas Padjadjaran atau dikenali sebagai Unpad ini telah dibina pada tahun 1957 dengan lokasi terawal di Bandung. Universiti ini juga mempunyai fakulti yang pelbagai seperti fakulti Sastera, Keguruan & Ilmu Pendidikan, Kedoktoran dan pelbagai lagi fakulti lain. Bagi anda yang berminat untuk menyambung pengajian dalam bidang sains kesihatan, terdapat fakulti perubatan, pergigian dan farmasi yang boleh anda pilih.
4. Universitas Hasanuddin, Makassar
Universitas Hasanuddin secara rasminya dibuka pada tahun 1947 di Makassar. Namun, pada tahun 1956 wujud sebuah fakulti kedoktoran yang ditambah untuk memenuhi kehendak pelajaran. Di universiti ini pelajar boleh menyambung pengajian di dalam bidang perubatan.
Universiti-universiti yang dinyatakan di atas adalah universiti yang diikitiraf oleh agensi kerajaan Malaysia dan antarabangsa. Untuk syarat kemasukan ke universiti, terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi.
Berikut adalah syarat kelayakan umum untuk menyambung pelajaran dalam bidang perubatan di Indonesia:
- Mempunyai sijil STPM/Asasi/Matrikulasi dan setaraf.
- Keputusan CGPA minimum 3.0.
- Wajid mengambil subjek Biologi, Kimia, Fizik di dalam SPM.
- Menghadiri interview untuk kemasukan ke universiti.
Keputusan CGPA yang lain daripada paras minimum boleh berhubung dengan pihak Daulah Educonsult jika benar-benar berminat untuk kemasukan ke universiti di Indonesia. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan cara kemasukan ke universiti atau maklumat yang lebih lanjut, anda boleh berhubung dengan pihak Daulah Educonsult di:
Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor pejabat : 03-92851322