Program Madrasah Daulah merupakan program persediaan kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran di Mesir. Madrasah Daulah berfungsi untuk menguruskan dan membimbing pelajar yang bakal menuntut ilmu di Maahad Buuth Al-Azhar iaitu Sekolah Menengah Islam Antarabangsa Al-Azhar.

madrasah daulah

Terdapat beberapa aktiviti yang dianjurkan untuk persediaan kepada para pelajar seperti:
? Tahfizul Qur’an
? Tahsinul Qur’an
? Talaqqi Dalaman
? Pengajian Umum
? Program Study Tour
? Pengajian Bahasa Arab
? Talaqqi Kitab Bersama Syeikh

Tempat persediaan ini adalah tempat permulaan kepada pelajar sebelum nama dipanggil untuk menjalani Ujian Imtihan Qabul. Pelajar perlu lulus dengan cemerlang di ujian ini untuk memasuki Maahad Buuth. Maahad Buuth adalah sekolah yang berada di bawah pentadbiran institusi ilmu Al-Azhar.

Terdapat beberapa tingkatan yang perlu dilalui oleh pelajar untuk menamatkan pengajian di Maahad Buuth. Namun, tidak semua tingkatan akan dilalui oleh para pelajar, perkara ini disebabkan oleh sistem lompat yang diaplikasikan oleh kerajaan Mesir. Sistem ini dibina untuk menilai kemampuan pelajar dari segi ilmu pengetahuan dan bukannya umur semata-mata.

BACA JUGA :   Daftar Kemasukan ke UIN SUSKA Riau, Indonesia

Sistem lompat ini turut diaplikasikan di Dirosah Khossoh. Dirosah Khossoh adalah tempat buat para pelajar yang kurang cemerlang ketika menjalani Ujian Imtihan Qabul. Dirsosah Khossoh juga mempunyai beberapa tingkatan yang perlu dilepasi untuk melayakkan diri pelajar memasuki Maahad Buuth.

Di Maahad Buuth, pelajar akan belajar sehingga tamat pengajian dan seterusnya boleh melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar. Memandangkan Maahad Buuth adalah sekolah menengah, pelajar akan dikira belajar sehingga ke tingkatan enam untuk melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar.

Tempoh pengajian di Universiti Al-Azhar mengambil masa sekurang-kurangnya 4 tahun. Bidang pengajian yang boleh dipilih oleh pelajar adalah di dalam bidang pengajian Islam iaitu Bahasa Arab, Usuluddin dan Syariah.

Pendaftaran kemasukan ke Program Madrasah Daulah tidak memerlukan apa-apa sijil pendidikan daripada Malaysia. Pelajar hanya perlu mempunyai azam yang kuat untuk belajar di Mesir dan berada dalam lingkungan umur sekitar 12 sehingga 21 tahun. Program ini juga terbuka kepada pelajar lelaki dan perempuan.

Jika anda berminat untuk melanjutkan pelajaran di dalam bidang pengajian Islam di Mesir, anda boleh melakukan pra-pendaftaran di https://bit.ly/2NKhn8L. Sesi kemasukan pendaftaran yang terdekat adalah pada Februari dan Mac ini. Namun jika pelajar atau ibu bapa memerlukan maklumat yang lebih lanjut, anda boleh terus berhubung dengan pihak Daulah Educonsult di:

BACA JUGA :   Benarkah Jho Low Menetap di UAE dan Mendapat Suaka?

Customer service : 018-9624322
Nombor pejabat : 03-92851322

Madrasah Daulah
Facebook : Madrasah Daulah
Website : https://madrasahdaulah.com/

Berminat Lanjutkan Pengajian ke Luar Negara?

Daftar Segera Bersama Daulah Educonsult!

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke dalam bidang pengajian yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa. Perkara ini seiring dengan pengalaman syarikat yang telah menguruskan pelajar ke pelbagai negara terutamanya ke Mesir dan Rusia. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian, Farmasi, Pengajian Islam dan lain-lain.

Daulah Educonsult
Facebook : Daulah Educonsult 
Website : http://daulahmedic.com/

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here