Pendaftaran adalah percuma sekiranya anda mahu menjadi vendor makanan di Safer! Jika anda berminat untuk mengembangkan perniagaan anda secara dalam talian menerusi pelbagai platform, anda digalakkan untuk mendaftar. Safer memanggil anda semua yang berniaga makanan secara kecil-kecil untuk mendaftar Bersama Safer.
Pada ketika ini, Safer menjalankan promosi ‘Zero Commission’ di mana Safer tidak akan menolak sebarang caj komisen. Perkara ini sudah berlanjutan pada penghujung tahun yang lepas lagi. Sekiranya anda masih belum mendaftar bersama Safer, anda perlu lakukannya sekarang!
Jangan lepaskan peluang untuk meluaskan lagi sasaran pelanggan anda. Anda boleh mendaftar menerusi laman sesawang rasmi Safer atau anda boleh mendaftar menerusi aplikasi Safer untuk Food Merchant. Anda boleh klik mana-mana pautan di bawah untuk melakukan pendaftaran.
Pendaftaran menerusi laman sesawang: https://www.safer.my/sign-up-restaurant
Aplikasi Safer Food Merchant
Google Play Store: https://bit.ly/SaferFood-PlayStore-Install
Apple App Store: https://bit.ly/SaferFood-AppStore
Sewaktu melakukan pendaftaran, terdapat beberapa dokumen penting yang perlu dilampirkan untuk tujuan pengesahan dan pengaktifan akaun. Antara dokumen yang diperlukan adalah:
- Kad pengenalan peniaga
- Lesen perniagaan
- Lesen daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
- Sijil Halal (diutamakan kepada peniaga bukan Islam)
- Akaun bank perniagaan
Selain daripada itu, peniaga juga perlu memberikan beberapa butiran penting berkaitan perniagaan seperti:
- Lokasi perniagaan
- Waktu perniagaan (Hari dan Waktu)
- Menu berserta gambar makanan atau minuman yang dijual
- Harga bahan jualan
Dengan mendaftarnya peniaga sebagai vendor di Safer Food, ianya secara tidak langsung dapat membantu peniaga dalam meningkatkan hasil perniagaan dengan adanya promosi ‘Sifar Komisen’. Keuntungan sepenuhnya akan menjadi milik peniaga dan Safer hanya akan menjadi platform jualan.
Tambahan daripada itu, pesanan yang telah dilakukan oleh pengguna Safer menerusi aplikasi Safer juga akan dihantar oleh Rakan Penghantar Safer. Peniaga hanya perlu menyiapkan makanan yang telah dipesan dan tunggu rakan penghantar untuk mengambilnya.
Aplikasi Safer Food Merchant pula diwujudkan untuk memudahkan peniaga menguruskan segala tetapan berkaitan peniaga. Jika peniaga mempunyai perubahan tempat atau penukaran waktu atau menu, peniaga boleh lakukannya menerusi aplikasi tersebut. Analisis berkaitan perniagaan yang dijalankan bersama Safer juga dapat dilakukan menerusi aplikasi ini.
Dalam pada itu, sekiranya anda memerlukan bantuan untuk mendaftar bersama Safer atau mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh ikuti kelas bersama Safer Food yang boleh ditempah menerusi pautan https://bit.ly/KelasBersamaSaferFood. Selain itu, peniaga juga boleh mengikuti sesi LIVE di Facebook dan Instagram atau mengikuti TikTok Safer.
Sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh klik mana-mana pautan di bawah.
Customer Service : 011-2058 6389
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Official Website : https://safer.asia/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSJ2FEffN/
Youtube : https://bit.ly/safergroup