Pada 22 Mac yang lalu, berlaku kejadian tragis yang melibatkan beberapa orang pekerja dan orang awam di pembinaan Lebuhraya Bertingkat SUKE: Sungai Besi-Ulu Kelang. Kejadian itu telah mengorbankan tiga nyawa dan seorang mangsa cedera parah. Terdapat dua orang lagi pekerja pembinaan yang terlibat.

Perkara ini terjadi apabila salah satu komponen kren gantri terjatuh apabila kerja-kerja penyelenggaraan sedang dilakukan. Terdapat tiga mangsa yang maut akibat terjatuh dari tempat tinggi dan seorang cedera parah akibat dihempap komponen kren tersebut.

Oleh yang demikian, siasatan ke atas punca berlakunya perkara ini sedang dilakukan. Punca sebenar kejadian disiasat oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) kerana ia melibatkan peralatan di kawasan pembinaan tersebut.

Berikutan perkara itu, pembinaan Lebuhraya SUKE akan ditangguhkan sehingga laporan audit keselamatan diterima. Laporan audit ini akan dilakukan oleh juruaudit bebas yang telah dilantik.

Menteri Kanan Kerja Raya iaitu Datuk Seri Fadillah Yusof mengatakan bahawa pembinaan akan diteruskan apabila laporan audit diterima oleh pihak berkuasa. Perkara ini meliputi aspek keselamatan di tapak projek lebuh raya tersebut.

Selain SUKE, juruaudit bebas juga akan membuat laporan berkaitan Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) dan Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE).

Sumber: BERNAMA

Anda berminat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, farmasi, atau pergigian di universiti Indonesia? Daftar kemasukan ke Universitas Sumatera Utara sekarang sebelum permohonan ditutup.

Tawaran ini dibuka kepada pelajar lepasan SPM, IGCSE, STPM, Asasi, Diploma, Matrikulasi dan lain-lain yang setaraf. Jika anda berminat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di universiti luar negara, daftar segera bersama Daulah Educonsult.

Maklumat lanjut boleh diperoleh di:

Website : http://daulahmedic.com/  
Facebook : Daulah Educonsult  
Youtube : Daulah Educonsult
Email : daulahmedic@gmail.com 
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322(Tuan Syed) 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here