Semalam, masyarakat beragama Hindu di Bali telah meraikan Hari Raya Nyepi Tahun Baru Saka 1943. Perayaan ini acap kali diraikan oleh penduduk di sekitar Bali.
Sambutan dimulakan beberapa hari sebelum Hari Nyepi dengan upacara upacara penyucian diri yang digelar Melasti. Upacara Melasti adalah adalah upacara yang mengehendaki warga Bali berarak dengan membawa peralatan suci dari kuil ke lautan atau tepi tasik yang berhampiran.
Tujuan upacara ini dilakukan adalah untuk memurnikan alam semesta dari pengaruh, kelakuan dan pemkiran jahat. Pada masa upacara Melasti, pelbagai perkara yang dilakukan seperti memuat bunyi bising, mengecat bahagian muka dan membakar patung atau (Ogoh-Ogoh). Perkara itu disusuli dengan pesta pada malam harinya.
Setelah melakukan perkara-perkara sewaktu upacara Melasti, Hari Nyepi berlaku mengikut waktu yang ditetapkan.
Nyepi yang diambil dari perkataan sunyi atau sepi. Oleh itu, pada hari Nyepi tersebut, masyarakat akan memulakan hari dengan menyepi atau berdiam diri. Kegiatan harian pada hari ini adalah dilarang sama sekali bermula 6 pagi hari tersebut sehingga 6 pagi keesokan harinya.
Kegiatan harian tersebut termasuk aktiviti memasak, berhibur, berlibur, dan bekerja. Pada hari ini juga, jalan-jalan di sekitar Bali akan menjadi sunyi sepi. Perkhidmatan awam juga ditangguhkan pada masa ini. Syarikat telekomunikasi, ATM dan lapangan terbang juga ditutup.
Namun bagi para pelancong, mereka bebas melakukan apa sahaja di hotel. Akan tetapi, mereka tidak dibenarkan untuk keluar ke pantai atau berjalan-jalan. Apa yang boleh berjalan seperti biasa adalah perkhidmatan perubatan.
Kegagalan untuk mematuhi peraturan sepanjang Hari Nyepi akan dikenakan tindakan dengan keras. Hari Nyepi ini telah menjadi cuti kebangsaan di Indonesia sejak tahun 1983.
Sumber: Astro Awani, Office Holiday
Anda berminat untuk sambung pengajian ke peringkat Ijazah dalam bidang sains kesihatan seperti perubatan, pergigian, farmasi di universiti Indonesia? Daftar kemasukan ke Universitas Sumatera Utara sekarang.
Sesi kemasukan adalah pada bulan September 2021 ini. Booking seat anda dengan melakukan pendaftaran bersama Daulah Educonsult. Hubungi pihak Daulah Educonsult di:
Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322