Home Variasi Pendidikan Sambung Belajar Dalam Bidang Perubatan Atau Gerontologi Di Kursk State Medical University,...

Sambung Belajar Dalam Bidang Perubatan Atau Gerontologi Di Kursk State Medical University, Rusia Sesi 2021.

0
867

Anda merupakan lepasan SPM, IGCSE, STPM, Asasi, Diploma, IB, atau lain-lain lepasan? Berminat untuk sambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di universiti luar negara?

Ayuh ketahui sedikit sebanyak berkaitan Kursk State Medical University yang terletak di Rusia. Mudah dikenali sebagai KSMU, universiti ini merupakan universiti perubatan yang tidak asing dalam dunia perubatan.

Malahan, ia menjadi pilihan para pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda. Bidang yang ditawarkan pula adalah Pra-Perubatan, Perubatan dan Gerontologi.

Kepada anda yang mahu sambung belajar dalam mana-mana bidang tersebut, anda boleh melakukan pendaftaran kemasukan ke universiti menerusi Daulah Educonsult. Sesi kemasukan terdekat adalah pada bulan April dan June 2021 ini.

Kesemua bidang Perubatan dan Gerontologi menjadi pilihan para pelajar yang menuntut di KSMU. Tempoh pengajian bagi setiap bidang pengajian adalah selama:

Pra-Perubatan : 1 Tahun
Perubatan : 6 Tahun
Gerontologi : 4 Tahun

Bagi pelajar lepasan SPM dan setaraf, pelajar dikehendaki untuk mengambil bidang Pra-Perubatan terlebih dahulu kemudian sambung pengajian Perubatan. Bagi pelajar lepasan Asasi, Diploma dan lain-lain, anda boleh terus mendaftar ke bidang Perubatan sedia ada.

Bukan saja pelajar Malaysia yang berminat untuk menyambung pengajian di KSMU, malahan pelajar dari negara luar yang lain. Antara kelebihan yang mengakibatkan perkara ini adalah KSMU mempunyai pengajian yang diajarkan di dalam Bahasa Inggeris.

Tidak cukup dengan itu, KSMU juga menawarkan yuran pengajian yang berjenis ‘Lock Fee‘ di mana yuran tidak akan berubah. Ianya tidak akan berubah meskipun kadar pertukaran nilai mata wang mempunyai perubahan.

KSMU juga dilengkap dengan pelbagai jenis fasiliti dan kemudahan perubatan yang lengkap dan terbaik. Terdapat juga kemudahan asrama untuk para-pelajarnya, dan perkara ini boleh menjimatkan living cost di Rusia.

Tambahan daripada itu, anda tidak perlu bimbang untuk mendapatkan pekerjaan kerana KSMU adalah universiti yang telah mendapat pelbagai pengiktirafan. Antara pengiktirafan yang telah diperohi adalah daripada WHO, KPT, MQA, JPA, dan MMC.

Pelajar Muslim juga tidak perlu bimbang untuk mencari makanan halal kerana makanan halal agak mudah untuk dicari di sekitar bandar Kursk. Bandar ini yang merupakan sebuah bandar pelabuhan yang membangun juga mempunyai masjid yang boleh digunakan oleh masyarakat setempat.

Oleh itu, jika anda berminat, daftar segera bersama Daulah Educonsult. Anda boleh melakukan pra-pendaftaran menerusi pautan https://bit.ly/2WUlBh9. Tidak hanya ke KSMU, Daulah Educonsult juga menawarkan peluang sambung balajar ke universiti luar negara yang lain.

Antaranya adalah Indonesia, Rusia, Poland, Bangladesh, Mesir dan lain-lain. Pelbagai bidang pengajian juga ditawarkan seperti bidang Pengajian Islam, Kejuruteraa, Pengurusan Perniagaan dan lain-lain.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi pihak Daulah Educonsult menerusi mana-mana platform di bawah.

Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322

NO COMMENTS