Pada 10 Mac yang lalu, Mahkamah Tinggi telah memutuskan untuk membenarkan penggunaan kalimah ‘Allah’, ‘Kaabah’, ‘Baitullah’ dan solat dalam penerbitan penganut agama Kristian bagi tujuan pendidikan.

Bertindak balas dari perkara ini, beberapa pihak yang berkaitan dengan agama Islam telah mengeluarkan pendapat. Dan antara yang paling menarik perhatian adalah titah yang telah dikeluarkan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj. Baginda menerusi laman media sosial Facebook Royal Selangor Office mengeluarkan kenyataan di mana baginda tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah di dalam Bible di Selangor.

Perkara ini juga termasuk dalam mana-mana bentuk percetakan atau bahan keluaran  tulisan agama Kristian. Baginda menegaskan bahawa kalimah ‘Allah’ merupakan kalimah suci yang hanya boleh digunakan oleh umat Islam. Kalimah ‘Allah’ hanya merujuk kepada Tuhan Yang Maha Esa yang memiliki segala sifat kesempurnaan.

BACA JUGA :   Tinggalan Sejarah Islam Di Bumi Rusia

Dengan itu, baginda menekankan bahawa kalimah ini hanya untuk umat Islam dan penggunaan ‘Tuhan’ adalah dibolehkan. Perkara ini selari dengan fatwa yang telah dikeluarkan pada tahun 2010 di mana ‘Allah’ tidak boleh disamakan dengan tuhan bagi agama-agama lain.

Baginda berharap agar umat Islam di seluruh Malaysia menjaga kemuliaan agama dan mengharap Kerjasama yang tinggi daripada agama lain. Baginda memberikan penekanan supaya semua rakyat sentiasa menghormati kepercayaan agama masing-masing.

Sumber: Facebook Selangor Royal Office

Anda berminat untuk sambung pengajian dalam bidang perubatan di Universitas Sumatera Utara? Daftar kemasukan ke university bagi sesi 2021 bersama Daulah Educonsult sekarang.

Anda boleh berhubung atau layari laman sesawang Daulah Educonsult di

BACA JUGA :   Bulan Ramadan Dicemari, Banyak Iklan Judi Tular

Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here