Luaskan pasaran perniagaan makanan anda di dalam talian sekarang. Bagi anda yang masih belum menjadi vendor di mana-mana platform dalam talian, daftar sekarang bersama Safer Food Merchant. Anda boleh sertai Safer sebagai vendor makanan dan anda juga berpeluang untuk mempromosikan perniagaan anda secara dalam talian.
Tidak hanya itu, Safer juga masih lagi melangsungkan promosi ‘Zero Commission’! Dengan itu, anda boleh menjalankan perniagaan menerusi platform dalam talian secara percuma. Promosi ini bertujuan untuk memberikan ruang kepada para peniaga di luar sana untuk terus menjalankan perniagaan tanpa ada apa-apa penolakan caj komisen.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menjalankan perniagaan secara percuma bersama Safer. Anda boleh mendaftarkan perniagaan anda menerusi pautan di bawah.
Klik pautan untuk mendaftar: https://www.safer.my/sign-up-restaurant
Selain mendaftar menerusi laman sesawang rasmi, peniaga juga boleh mendaftarkan perniagaan melalui aplikasi Safer Food Merchant. Aplikasi ini merupakan aplikasi khas yang dibina untuk peniaga menerima dan melakukan transaksi perniagaan. Safer tidak menyediakan devices akan tetapi hanya aplikasi dalam talian yang boleh dimuat turun di telefon pintar peniaga.
Aplikasi tersebut boleh dimuat turun menerusi Google Play Store dan Apple App Store.
Google Play Store: https://bit.ly/SaferFood-PlayStore-Install
Apple App Store: https://bit.ly/SaferFood-AppStore
Tidak dilupakan, pendaftaran untuk menjadi vendor makanan di Safer Food adalah PERCUMA! Anda hanya perlu melengkapkan segala butiran dan lampiran yang ditetapkan untuk berniaga bersama Safer. Peniaga hanya perlu menunggu sekurang-kurangnya 24 jam untuk pengaktifan akaun setelah semua dokumen dan butiran diberikan.
Antara dokumen atau butiran yang diperlukan semasa pendaftaran adalah:
- Kad pengenalan peniaga
- Lesen/ premit perniagaan
- Lesen daripada SSM
- Sijil Halal (diutamakan kepada peniaga bukan Muslim)
- Akaun bank
Selain itu, peniaga juga perlu menetapkan butiran perniagaan seperti:
- Alamat perniagaan (Hari dan waktu)
- Waktu perniagaan beroperasi
- Menu berserta gambar
- Harga
Untuk memudahkan peniaga, Safer membenarkan peniaga beroperasi mengikut kemahuan. Jika peniaga sedia menerima pesanan melalui Safer secara dalam talian, peniaga boleh menetapkan tetapan bersedia menerima pesanan. Pihak Safer juga menyediakan servis penghantaran ke atas pesanan yang telah diterima peniaga. Oleh itu, peniaga hanya perlu menyiapkan pesanan sahaja dan ‘Delivery Partner Safer’ akan menghantar pesanan tersebut.
Safer Food turut menyediakan kelas tambahan jika peniaga mempunyai sebarang kesulitan dalam urusan pendaftaran. Kelas tersebut perlu ditempah terlebih dahulu menerusi borang di bawah.
Tempah kelas bersama Safer Food: https://bit.ly/KelasBersamaSaferFood
Jika anda mempunyai kesukaran untuk memilih slot tempahan, peniaga boleh juga sertai sesi LIVE Safer di Facebook dan Instagram rasmi. Sesi LIVE bersama Safer Food Merchant akan berlangsung pada setiap hari Rabu jam 11.30 pagi. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh bertanya terus di Facebook atau Instagram LIVE tersebut. Jika anda memerlukan bantuan terus daripada pihak Safer, hubungi Safer melalui platform di bawah.
Customer Service : 011-2058 6389
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Official Website : https://safer.asia/
Anda juga boleh ikuti Safer di mana-mana media sosial untuk mengetahui promosi terkini yang dijalankan oleh Safer.
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSJ2FEffN/
Youtube : https://bit.ly/safergroup