Anda merupakan seorang peniaga yang menjalankan perniagaan makanan atau minuman? Mahu meluaskan pasaran perniagaan dengan memasarkannya secara dalam talian? Memerlukan rakan niaga induk yang dapat membantu mempromosikan perniagaan anda secara dalam talian? Daftar perniagaan anda sekarang bersama Safer Food Merchant.

Safer Food Merchant menawarkan peluang kepada anda untuk berniaga secara online dengan percuma sahaja! Bukan hanya itu, pendaftaran perniagaan untuk menjadi vendor makanan di Safer Food juga adalah percuma. Anda hanya perlu memastikan anda memenuhi segala butiran yang diminta sewaktu pendaftaran.

Safer Food Merchant membuka peluang ini kepada anda yang berniaga secara kecil-kecilan seperti warung tepi jalan, home-kitchen, berniaga di trak makanan dan lain-lain. Keseluruhannya, jika anda berniaga makanan atau minuman, anda boleh mendaftar bersama Safer Food Merchant.

Untuk memudahkan urusan pengaktifan pendaftaran, peniaga perlu mengemukakan butiran diri dan perniagaan seperti:

  • Kad Pengenalan
  • Lesen perniagaan
  • Lesen SSM
  • Sijl Halal
  • Akaun Bank
BACA JUGA :   Safer Bakal Masuki Pasaran E-Hailing Indonesia Awal 2021

Sekiranya anda mempunyai butiran yang lengkap seperti di atas, anda boleh terus mendaftar menerusi pautan https://www.safer.my/sign-up-restaurant.

Namun, jika anda mempunyai sebarang kesulitan atau pertanyaan, anda boleh berhubung dengan pihak Safer Food Merchant. Safer Food Merchant juga menawarkan sesi kelas untuk menerangkan dengan lebih lanjut berkaitan tatacara pendaftaran bersama Safer Food Merchant. Peniaga boleh memilih sesi kelas dengan melakukan tempahan di https://bit.ly/KelasBersamaSaferFood.

Selain memberikan butiran-butiran yang berikut, peniaga juga boleh mengemukakan tetapan berkaitan perniagaan anda seperti:

  • Menu makanan atau minuman yang diniagakan.
  • Harga makanan atau minuman.
  • Lokasi perniagaan dijalankan.
  • Waktu perniagaan beroperasi.

Semua tetapan di atas boleh diubah mengikut keperluan peniaga. Butiran-butiran ini akan dipaparkan di aplikasi Safer Food Merchant untuk memudahkan urusan peniaga. Aplikasi tersebut perlu dimuat turun di telefon pintar Safer melalui Google Play Store atau Apple App Store.

Antara kemudahan lain yang boleh dinikmati vendor Safer Food Merchant adalah Safer menyediakan khidmat Delivery Partner. Pihak peniaga hanya perlu menyediakan pesanan pengguna dan rakan penghantar Safer akan mengambil pesanan tersebut untuk diberikan kepada pengguna. Safer juga menawarkan waktu operasi yang fleksibel di mana peniaga boleh memilih waktu perniagaan dijalankan.

BACA JUGA :   Rebut Peluang Jana Pendapatan Secara Aktif & Pasif bersama SAFER

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui dengan lebih lanjut tawaran atau apakah promosi yang sedang dijalankan oleh Safer Food Merchant, peniaga boleh mengikuti sesi LIVE Safer Food Merchant di Facebook atau Instagram Safer pada setiap Rabu jam 11.30 pagi. Jika peniaga tidak berkelapangan, peniaga juga boleh mengikuti mana-mana laman media sosial Safer atau berhubung terus dengan pihak Safer di:

Customer Service : 011-2058 6389
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Official Website : https://safer.asia/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSJ2FEffN/
Youtube : https://bit.ly/safergroup

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here