Bidang Pengajian Islam merupakan antara bidang yang mempunyai cadang yang sangat luas. Pada masa kini, terdapat banyak program yang telah dibina di bawah cabang Pengajian Islam. Oleh yang demikian, ia menjadi salah satu bidang menarik yang boleh dipelajari sehingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda bahkan lebih tinggi lagi.

Dengan itu, Daulah Educonsult telah membuka tawaran kepada para pelajar di luar sana yang berminat untuk mendalami bidang Pengajian Islam untuk sambung pengajian di luar negara. Pengajian ini adalah untuk ke peringkat Ijazah Sarjana Muda sahaja dan ia dibuka kepada semua pelajar lepasan SPM, IGCSE, STPM, Diploma, Asasi dan lain-lain lagi.

Antara negara yang menawarkan pengajian di bidang Pengajian Islam adalah Indonesia. Berikut adalah antara universiti Indonesia yang menawarkan tempat kepada pelajar Malaysia.

Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim, Riau

Mempunyai persekitaran yang tidak asing dengan Malaysia menjadikan universiti ini sering menjadi pilihan. Pelajar hanya perlu menempuh masa selama satu jam atau kurang sahaja untuk ke sana dan tiket adalah lebih murah. Sering dipanggil sebagai UIN SUSKA, ianya merupakan antara universiti yang mempunyai ramai pelajar Malaysia.

BACA JUGA :   5 Tumbuhan Yang Diancam Kepupusan

Universitas Islam Negeri Ar-Raniry, Banda Aceh

Merupakan antara universiti Islam tertua di Indonesia, ianya juga merupakan antara institusi pendidikan yang menawarkan pelbagai program kepada pelajar dalam bidang Pengajian Islam. Menghampiri 60 tahun sejak tahun pembinaannya, universiti ini fokus dalam memberikan pendidikan yang terbaik kepada pelajar.

Sesi kemasukan untuk kedua-dua universiti ini adalah pada bulan September. Namun, sekiranya pelajar dibenarkan untuk menghadiri kelas secara bersemuka, pelajar akan berangkat dengan lebih awal. Anggaran keberangkatan adalah pada bulan Julai. Oleh itu, pendaftaran perlu dilakukan segera dengan cara booking seat untuk memastikan pelajar tidak tercicir atau terlepas peluang sambung pengajian pada sesi 2021.

Pendaftaran kemasukan ke universiti di Indonesia adalah lebih mudah berbanding universiti-universiti lain. Tambahan daripada itu, kos sara hidup juga adalah murah dan bahasa pengantara juga dapat difahami. Adapun begitu, Daulah Educonsult juga ada menawarkan peluang untuk melanjutkan pengajian di negara Mesir.

Jika pelajar menyambung pengajian di Mesir, hanya sebuah universiti sahaja yang boleh dipilih untuk menyambung pengajian dalam bidang Pengajian Islam. Ianya adalah Universiti Al-Azhar. Tambahan daripada itu, syarat kemasukan ke Universiti ini adalah lebih ketat berbanding universiti lain.

BACA JUGA :   5 Pergunungan yang Indah di Indonesia

Kemasukan hanya dibuka kepada pelajar lepasan SPM dan STAM sahaja dan wajib mengambil subjek-subjek Pengajian Islam. Tambahan daripada itu, sesi pembelajaran juga akan dilangsungkan di dalam Bahasa Arab dan pilihan program juga terhad.

Selain daripada bidang pengajian Islam, terdapat juga bidang-bidang lain yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult. Antara bidang-bidang lain adalah perubatan, pergigian, farmasi, kejuruteraan pesawat, pengurusan perniagaan antarabangsa dan lain-lain.

Pilihan negara juga adalah pelbagai mengikut tawaran bidang yang diberikan. Antara pilihan negara yang ada ialah Rusia, Poland, Bangladesh, Mesir dan lain-lain lagi. Untuk mengetahui maklumat lanjut, Pelajar boleh mendapatkan maklumat menerusi laman sesawang rasmi Daulah Educonsult atau melalui konsultan Daulah Educonsult. Pihak Daulah Educonsult boleh dihubungi menerusi:

Website : http://daulahmedic.com/  
Facebook : Daulah Educonsult  
Youtube : Daulah Educonsult
Email : daulahmedic@gmail.com 
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed) 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here