Daulah Educonsult merupakan sebuah agensi konsultasi pendidikan yang menawarkan khidmat konsultasi dan bimbingan kepada para pelajar. Khidmat konsultasi dan bimbingan ini terbuka kepada pelajar lepasan SPM, IGCSE, Diploma, IB, Asasi, Matrikulasi dan lain-lain lepasan yang setaraf. Di samping itu, Daulah Educonsult juga menawarkan peluang kepada para pelajar untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di luar negara.

Antara negara yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult adalah Indonesia, Rusia, Mesir, Poland dan Bangladesh. Agensi ini telah memberikan konsultasi dan bimbingan secara percuma kepada pelajar. Jika anda di antara pelajar yang berminat untuk melanjutkan pengajian di luar negara namun tidak mengetahui proses-prosesnya, anda boleh mendapatkan bantuan dari Daulah Educonsult.

Setiap negara dan universiti mempunyai sesi kemasukan yang berbeza, namun, kebanyakan universiti menetapkan bulan September sebagai sesi kemasukan. Adapun begitu, pendaftaran kemasukan juga berbeza. Kadang-kala pendaftaran kemasukan akan ditutup lebih awal sebelum sesi kemasukan dimulakan. Anda boleh mendapatkan maklumat-maklumat ini menerusi Daulah Educonsult.

Bagi anda yang berminat untuk mendalami ilmi di negara empat musim atau mahu mengalami suasana iklim yang berbeza dari Malaysia, Rusia dan Poland adalah pilihan negara terbaik. Jika anda mahu belajar di tanah yang mempunyai sejarah Islamik, anda boleh memilih negara Mesir untuk sambung pengajian. Negara Indonesia pula sesuai untuk anda yang tidak mahu berada terlalu jauh daripada keluarga.

BACA JUGA :   nak berjimat? ini tips Mudah untuk Pelajar berjimat ketika belajar di universiti.

Terdapat pelbagai pilihan bidang pengajian yang menarik yang ditawarkan mengikut universiti dan negara. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah perubatan, gerontologi, veterinar, farmasi, kejuruteraan pesawat, pengurusan perniagaan antarabangsa dan lain-lain.

Jika pelajar memilih untuk melanjutkan pengajian ke universiti di luar negara, tidak hanya belajar, pelajar juga dapat bersiar-siar di sekitar negara dan mempelajari bahasa baharu. Pelajar juga mungkin dapat meningkatkan kemampuan komunikasi atau dapat memperoleh pengalaman baharu sewaktu menyambung pengajian.

Antara pilihan universiti yang ada ialah:

Indonesia

Universitas Sumatera Utara (Perubatan, Farmasi, Pergigian)
Universitas Airlanga (Perubatan, Farmasi, Pergigian, Veterinar)
Universitas Hasanuddin (Perubatan)
Universitas Padjadjaran (Farmasi, Perubatan, Pergigian)
Institut Pertanian Bogor (Veterinar)
Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim (Pengajian Islam)
Universitas Islam Negeri Ar-Raniry (Pengajian Islam)

Rusia

Kursk State Medical University (Pra-prubatan, perubatan, gerontologi)
Volvograd State Medical University (Perubatan)
Piroshky  Research Medical University (Perubatan)
I.M. Sechenov First Moscow State Medical University (Perubatan)
Moscow Aviation Institute (Kejuruteraan Pesawat)
Saint Petersburg University (Pengurusan Perniagaan Antarabangsa)

BACA JUGA :   Jom Sambung Belajar Luar Negara di Mesir

Mesir

Universiti Al-Azhar (Pengajian Islam)
Universiti Mansoura (Perubatan)
Universiti Cairo (Perubatan)
Universiti Zagazig (Perubatan)
Universiti Alexandria (Perubatan)

Poland

University of Lodz (Perubatan)
University of Warsaw (Perubatan)
Warsaw University of Technology (Kejuruteraan)
Vistula University (Kejuruteraan)
Vincent Pol University (Pengurusan Perniagaan Antarabangsa)

Sebelum memilih untuk melanjutkan pengajian di mana-mana universiti luar negara, pelajar perlu melakukan persediaan seperti pasport, syarat kelayakan kemasukan, ujian kemasukan, dan yang paling utama perbelanjaan yuran dan harian. Jika anda mendaftar menerusi Daulah Educonsult, anda boleh mendapatkan maklumat-maklumat yang berikut dan bahkan lebih lagi.

Pihak Daulah Educonsult boleh dihubungi menerusi platform yang berikut. Jika anda benar-benar berminat anda juga boleh mengisi borang pra-daftar di sini.

Website : http://daulahmedic.com/  
Facebook : Daulah Educonsult  
Youtube : Daulah Educonsult
Email : daulahmedic@gmail.com 
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322(Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here