Rusia merupakan sebuah negara yang sangat luas di dunia. Ianya meliputi lebih daripada tiga buah negara yang digabungkan. Selain itu, tahap kemajuan di Rusia juga adalah lebih tinggi dan mereka mempunyai banyak kepakaran di dalam bidang teknologi serta perubatan.
Oleh itu, Daulah Educonsult buka peluang kepada pelajar di luar sana yang merupakan lepasan SPM, IGCSE, Diploma, Asasi, STPM, Matrikulasi dan lain-lain lepasan setaraf. Peluang ini dibuka dengan kuota tempat yang terhad, jadi pastikan anda mendaftar permohonan kemasukan ke universiti pilihan dengan segera.
Bagi sesi kali ini, Deenamik akan menceritakan serba sedikit berkaitan universiti perubatan yang memberikan kelebihan kepada pelajar. Universiti tersebut adalah Kursk State Medical University yang terletak di bandar Kursk, Rusia. Lebih dikenali sebagai KSMU, universiti ini sering menjadi pilihan para pelajar Malaysia untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di universiti luar negara.
Ditubuhkan pada tahun 1935, KSMU menjadi salah sebuah universiti pertama yang menawarkan pembelajaran bidang perubatan di dalam Bahasa Inggeris di Rusia. Dengan itu, pelajar mungkin tidak perlu berkerah tenaga untuk memahami pembelajaran di dalam Bahasa Rusia.
Selain itu, KSMU menjadi pilihan pelajar kerana agensi pendidikan Malaysia telah memberikan pengiktirafan kepada universiti ini. Antara agensi yang telah memberikan pengiktirafan adalah MQA, JPA, KPM dan MMC. Dengan adanya pengiktirafan ini, pelajar tidak perlu bimbang untuk mendapatkan sijil lulusan daripada KSMU. Sijil ini juga boleh digunakan untuk mendapatkan pekerjaan di Malaysia.
Pembelajaran ke KSMU adalah untuk ke peringkat Ijazah Sarjana Muda. Namun, jika pelajar merupakan pelajar lepasan SPM, IGCSE atau lepasan yang setaraf, pelajar juga boleh mendaftar kemasukan terus ke universiti dengan mengambil bidang Pra-Perubatan. Permohonan kemasukan ke KSMU juga boleh dilakukan dengan keputusan percubaan.
Jadi, pelajar perlu lakukan permohonan segera dan mendapatkan tempat bersama pihak Daulah Educonsult. Pembelajaran di dalam bidang Pra-Perubatan adalah selama satu tahun dan pelajar boleh terus menyambung pengajian ke bidang Perubatan. Tempoh pengajian bagi bidang ini pula adalah selama 6 tahun. Secara keseluruhan, pelajar akan mempelajari pengajian di dalam bidang perubatan ini selama 7 tahun.
Di KSMU, pelajar boleh mendapatkan latihan klinikal dan amali secara berterusan. Oleh itu, lepasan pelajar KSMU tidak akan berasa kekok ketika sudah tamat pengajian dan menjadi pengamal perubatan yang sah. Selain fasiliti yang mencukupi, KSMU juga menyediakan kemudahan asrama kepada pelajar luar negaranya. Jadi, pelajar tidak perlu runsing untuk mencari rumah sewa berdekatan universiti.
Tambahan daripada itu, KSMU juga menawarkan pembayaran yuran berjenis ‘LOCK FEE’ di mana yuran tidak akan berubah mengikut aliran mata wang dunia. Dengan itu, pelajar boleh menyiapkan terlebih dahulu rangka-rangka bajet kewangan yang akan digunakan. Untuk mendapatkan maklumat penuh berkaitan struktur yuran di KSMU, pelajar boleh mendapatkan maklumat menerusi agensi konsultasi pendidikan Daulah Educonsult.
Seterusnya, KSMU juga mempunyai sesi kemasukan yang pelbagai dan kini kemasukan bagi sesi Jun dan Julai sudah pun dibuka. Pelajar tidak perlu bimbang berkaitan penjadualan kelas ketika kelas dalam talian berlangsung. Perkara ini kerana pihak universiti akan mengikuti waktu pembelajaran di Malaysia dan pelajar dapat belajar dengan lebih selesa.
Jika pelajar berminat untuk menyambung pengajian dalam bidang perubatan di KSMU, pelajar boleh mendapatkan sesi konsultasi daripada konsultan Daulah Educonsult. Pelajar boleh menghubungi Daulah Educonsult menerusi:
Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Email : daulahmedic@gmail.com
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)