Kursk State Medical University merupakan antara sebuah universiti perubatan yang terbaik di Rusia. Tambahan daripada itu, ianya cukup terkenal dengan bilangan pelajar Malaysia yang ramai menyambung pengajian di sana. Universiti yang lebih mudah dipanggil KSMU ini telah ditubuhkan pada tahun 1953.

Terdapat banyak kelebihan yang ada pada KSMU. Antaranya adalah ia menawarkan sesi pembelajaran program latihan perubatan di dalam bahasa Inggeris. Seperti yang diketahui, Rusia mempunyai bahasa mereka sendiri dan bahasa tersebut merupakan bahasa penghantar di sana.

Dengan itu, pelajar akan dapat belajar dengan mudah tanpa ada jurang batasan bahasa yang luas. Pelajar juga boleh belajar bahasa Rusia sebagai tambahan. Oleh yang demikian, jika anda merupakan seorang pelajar yang berminat untuk menyambung pengajian di dalam bidang perubatan, KSMU adalah pilihan yang terbaik.

Ia juga menawarkan bidang pra-perubatan kepada lepasan SPM dan setaraf selama satu tahun. Setelah itu, pelajar boleh menyambung terus ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perubatan selama enam tahun. Bagi pelajar lepasan Diploma dan setaraf pula, mereka boleh terus mendaftar untuk sambung pengajian perubatan selama enam tahun tersebut.

Tidak hanya menawarkan bidang pengajian dalam bidang perubatan, KSMU juga menawarkan pengajian dalam bidang gerontologi. Selain itu, sesi kemasukan ke KSMU juga adalah lebih banyak berbanding universiti luar negara yang lain. KSMU mempunyai empat sesi kemasukan iaitu pada bulan Februari, April, Jun dan September.

BACA JUGA :   Kelebihan Sambung Belajar di UIN Suska, Riau

Pelajar boleh memilih untuk mengikuti sesi kemasukan yang dimahukan akan tetapi perlu diingatkan bahawa kuota tempat untuk menyambung pengajian di sana adalah terhad. Oleh itu, sekiranya anda merupakan pelajar yang berminat untuk belajar di KSMU, anda boleh melakukan pendaftaran bersama Daulah Educonsult.

Daulah Educonsult merupakan sebuah agensi bimbingan pendidikan yang dapat membantu pelajar dalam menguruskan urusan pelajar belajar di luar negara. Pengambilan kemasukan yang terdekat pada ketika ini adalah pada bulan Jun dan September. Untuk pengetahuan, pelajar sesi kemasukan April sedang menjalani pembelajaran secara dalam talian di Malaysia.

Para pelajar sudah mula mengikuti sesi kelas pada awal bulan April ini. Pembelajaran secara dalam talian dijalankan kerana pandemik COVID-19 masih lagi mempengaruhi syarat perjalanan rentas negara. Adapun begitu, apabila kebenaran buat pelajar sudah diberikan, pelajar akan berangkat ke KSMU untuk mengikuti sesi pembelajaran di sana pula.

Tambahan kepada maklumat berkaitan KSMU, yuran pengajian universiti tersebut adalah sejenis ‘Lock Fee’. Yuran KSMU ini tidak akan berubah dan tidak dipengaruhi oleh perubahan aliran pertukaran mata wang asing. Oleh itu, pelajar atau ibu bapa dapat membentangkan perbelanjaan dengan mudah dan terperinci.

BACA JUGA :   Lanjutkan Pelajaran Dalam Pengajian Islam Di Universiti Al-Azhar Menerusi Madrasah Daulah

Kemudahan asrama juga sudah disediakan oleh KSMU jadi pelajar tidak perlu bimbang berkaitan penempatan tempat tinggal. Persekitaran di universiti juga adalah mesra Muslim dan pelajar mempunyai pilihan makanan halal berdekatan universiti.

Pelajar juga tidak perlu risau kerana KSMU merupakan sebuah universiti yang telah mendapat pengiktirafan daripada:

  • Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
  • Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
  • Majlis Perubatan Malaysia (MMC)

Oleh itu, sijil pengajian pelajar dapat digunakan untuk mendapatkan pekerjaan di klinik dan hospital Malaysia. Pelajar juga boleh membuka pusat perubatan sendiri menggunakan sijil tersebut.

Antara syarat kelayakan untuk memasuki KSMU adalah:

  1. Bagi lepasan SPM dan setaraf: Minimum B bagi subjek sains utama seperti Biologi, Kimia, Fizik.
  2. Bagi lepasan Diploma, Asasi, STPM: Minimum 3.0 CGPA.

Namun, jika pelajar mempunyai keputusan selain daripada di atas, pelajar boleh mendapatkan khidmat konsultasi bersama konsultan Daulah Educonsult. Pihak Daulah Educonsult boleh dihubungi menerusi platform berikut:

Website : http://daulahmedic.com/  
Facebook : Daulah Educonsult  
Youtube : Daulah Educonsult
Email : daulahmedic@gmail.com 
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322(Tuan Syed) 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here