Adakah anda tahu terdapat satu bisnes yang dijalankan oleh Tycoon Group yang mampu jana pendapatan anda dengan lumayan? Baca artikel ini sehingga tamat. Tycoon Group merupakan sebuah kumpulan yang mempunyai ahli yang sangat bersemangat untuk mengajak anda semua melakukan bisnes.

Jika anda mempunyai keyakinan yang tinggi, anda mampu untuk capai sehingga lima angka pendapatan dalam masa satu bulan sahaja. Perkara ini boleh berlaku kerana pulangan komisen yang ditetapkan adalah sangat tinggi iaitu mencecah sehingga 35%. Dalam pada itu, pulangan komisen yang paling rendah yang bakal ahli peroleh adalah RM525! Jumlah yang agak besar bukan?

Agaknya apa bisnes yang dijalakan oleh Tycoon Group ini ya? Ha, Deenamik akan ceritakan dengan lebih lanjut apakah bisnes yang dijalankan oleh Tycoon Group. Terlebih dahulu, misi Tycoon Group adalah untuk memberikan jalan atau peluang kepada anda di luar sana untuk melakukan simpanan. Simpanan ini bukan dilakukan di bawah Tycoon Group namun ianya akan disimpan di bawah sebuah syarikat kewangan gergasi dunia.

BACA JUGA :   Vistula University Poland Menawarkan Ijazah dalam Bidang Perakaunan

Tycoon Group akan menjadi penggerak untuk mencari lebih ramai ahli penyimpan yang mahu menyimpan untuk dana masa hadapan. Melalui ini, bisnes telah pun dijalankan. Apabila anda mengajak orang lain untuk membuka akaun simpanan, anda akan menerima komisen daripada nilai jumlah simpanan yang telah dibuka.

Adapun begitu, untuk menjalankan bisnes ini anda tidak boleh melakukannya dengan sewenang-wenangnya. Terdapat beberapa langkah yang perlu dipatuhi untuk menjalankan bisnes ini. Antara langkah tersebut adalah anda perlu membuka akaun simpanan terlebih dahulu.

Terdapat tiga jenis akaun simpanan dan semuanya mempunyai pulangan manfaat yang berbeza. Jenis akaun simpanan tersebut dibezakan mengikut tempoh tahun simpanan. Setelah membuka akaun, anda perlu mendaftar sebagai ahli Tycoon Group yang sah dan anda akan mendapat gelaran sebagai Associate Agent.

BACA JUGA :   3 Tips Untuk Menjadi Usahawan Berjaya Bermula Dari Alam Universiti

Setiap ejen diperlukan untuk mengambil ujian PCE bagi membolehkan ejen tersebut menjalankan bisnes ini secara sah. Istilah ejen tidak lagi digunakan kerana anda akan menjadi seorang Wealth Advisor (WA). Sesudah menjadi WA, barulah anda akan menerima komisen seperti yang dinyatakan di atas.

Seorang WA boleh mengajak seberapa ramai orang untuk membuka simpanan dan menjadi ahli penyimpan di bawahnya. Adapun begitu, apabila ahli WA sudah mencapai sasaran tertentu, mereka boleh dinaikkan pangkat menjadi Wealth Manager (WM). Dengan itu, ahli WM sudah boleh menjana pendapatan pasif secara berterusan atau membina rangkaian sendiri di bawahnya.

Anda berminat untuk sertai Tycoon Group dan menjalankan bisnes ini? Hubungi Tycoon Group menerusi mana-mana platform di bawah.

Website : https://tycoongroup.my/
Facebook : Tycoon Group
Instagram : Tycoon Group
Email : tycoon.groupwm@gmail.com
Nombor : 013-2090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here