Mengikut Mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN), beberapa perkara berkenaan pergerakan pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) telah diputuskan. Antara keputusannya yang telah disahkan adalah MKN membenarkan pelajar IPT pulang ke kediaman masing-masing sempena cuti perayaan Aidilfitri. Adapun begitu, ia tidak termasuk bagi negeri Sarawak.

Meskipun begitu, MKN memberikan pilihan kepada para pelajar sama ada untuk pulang ke kediaman atau tetap tinggal di kampus. Beberapa mekanisme kawalan telah digariskan oleh pihak MKN. Antaranya adalah tarikh pergerakan pulang pelajar ke rumah kediaman masing-masing.

  • Pergerakan pulang ke kediaman hanya dibenarkan pada 7 Mei sehingga 12 Mei 2021.
  • Pergerakan pulang ke kampus semula hanya dibenarkan pada 15 sehingga 20 Mei 2021.

Pihak IPT akan mengeluarkan surat pelepasan pergerakan rentas daerah/negeri kepada pelajar. Surat pelepasan ini boleh digunakan ketika melalui Sekatan Jalan Raya (SJR). Tambahan dari itu, terdapat tiga kaedah pergerakan yang dibenarkan. Antaranya adalah

  • Menggunakan kenderaan sendiri.
  • Dijemput oleh ibu bapa/ penjaga.
  • Menggunakan bas yang disediakan pihak IPT.

Pergerakan menggunakan perkhidmatan awam adalah dilarang sama sekali kecuali perkhidmatan penerbangan. Sehingga kini, dianggarkan hanya 103,994 daripada 1.3 juta pelajar yang terlibat di dalam pergerakan sempena Aidilfitri. Pelajar-pelajar ini merupakan pelajar yang sudah sedia ada tinggal di kampus setelah dibenarkan untuk menghadapi sesi pembelajaran di kampus.

BACA JUGA :   Jumlah Kes COVID-19 Di Malaysia 69 095.

Sumber: Hebahan Institusi Pengajian Tinggi

Anda berminat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di universiti perubatan terbaik Indonesia? Ayuh daftar kemasukan ke Universitas Sumatera Utara bersama Daulah Educonsult sekarang.

Jika pelajar merupakan pelajar lepasan SPM, IGCSE, O-Level, Asasi, Diploma dan lain-lain yang setaraf, anda boleh lakukan permohonan untuk kemasukan September ini. Untuk ketahui maklumat yang lebih lanjut, anda boleh berhubung dengan konsultan Daulah Educonsult di:

Website : http://daulahmedic.com/  
Facebook : Daulah Educonsult  
Youtube : Daulah Educonsult
Email : daulahmedic@gmail.com 
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322(Tuan Syed) 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here