Pernahkah anda terfikir apa yang akan berlaku sekiranya anda tidak mempunyai sebarang simpanan di masa hadapan? Bayangkan apabila umur anda sudah lanjut, anda tidak memiliki apa-apa sumber pendapatan atau simpanan bagi kegunaan harian. Tidakkah ia menjadi masalah yang besar bagi anda mahupun keluarga?
Oleh itu, KWSP diwujudkan bagi memudahkan anda untuk memulakan simpanan secara terus mungkin secara tanpa anda sedar. Menaerusi KWSP, pendapatan anda sudah boleh dipotong terus tanpa menyebabkan anda berkira-kira sama ada mahu membuka akaun simpanan atau sebaliknya.
Jika KWSP ditolak terus daripada gaji yang anda peroleh, terdapat satu lagi simpanan yang mempunyai ciri yang seakan sama namun mempunyai manfaat yang lebih lagi. Namun, ianya memerlukan anda untuk mengasingkan sendiri bahagian simpanan. Simpanan tersebut adalah melalui Pelan Simpanan Eksklusif Tycoon Group.
Simpanan ini boleh dilakukan sama ada secara tahunan atau bulanan. Berikut adalah antara jenis simpanan yang boleh dibuka.
Anda boleh memilih satu daripada tiga pelan yang ada. Tambahan dari itu, jika anda mahu membuka pelan simpanan untuk anak anda juga dibolehkan. Dengan adanya akaun simpanan untuk anak anda, pengurusan kewangan pada masa hadapan akan menjadi lebih mudah buat mereka.
Premium tahunan minimum merupakan simpanan minimum yang diperlukan untuk membuka akaun simpanan mengikut pelan dalam satu tahun. Kadar minimum tersebut adalah perlu untuk memastikan anda dapat menikmati manfaat-manfaat yang ditawarkan. Adapun begitu, tiada nilai maksimum yang ditetapkan, maka anda boleh buka akaun dengan seberapa banyak amaun yang anda mahu.
Tempoh perlindungan yang dinyatakan pula merupakan jumlah tempoh simpanan anda sebelum ia matang. Ia sudah termasuk dengan jumlah tempoh simpanan di mana anda perlu melakukan simpanan mengikut jumlah tahun yang dinyatakan. Meskipun anda sudah mencapai tempoh simpanan yang ditetapkan, ahli penyimpan masih dapat menerima manfaat simpanan.
Antara manfaat tambahan yang boleh didapatkan menerusi simpanan menerusi Pelan Simpanan Eksklusif ini adalah Aliran Pendapatan Terjamin (Peratus Premium Tahunan). Manfaat ini akan diperoleh pada setiap penghabisan tahun simpanan yang dilakukan. Peratusan bagi Aliran Pendapatan Terjamin adalah berbeza mengikut jumlah simpanan yang dibuka dan jenis pelan.
Oleh yang demikian, anda perlu memastikan akaun simpanan yang dibuka bersesuaian dengan tujuan simpanan tersebut dibuka dan umur anda setelah tempoh simpanan tamat. Hal ini kerana simpanan menerusi Pelan Simpanan Eksklusif adalah simpanan jangka masa panjang. Jumlah tahun sebelum simpanan matang boleh meliputi daripada 20 sehingga 30 tahun.
Oleh yang demikian, faktor umur dan kesihatan turut memainkan peranan yang penting. Tidak ketinggalan, simpanan ini juga mempunyai kadar Dividen yang akan diagihkan kepada ahli simpanan. Dividen tersebut akan bermula dari 4% sehingga 6%.
Simpanan menerusi pelan bersama Tycoon Group ini adalah selamat dan diiktiraf. Ianya merupakan simpanan yang telah diwujudkan oleh sebuah syarikat kewangan besar dunia. Wang anda akan dilindungi dan pihak anda boleh menerima sehingga 10x ganda khairat kematian jika ianya disebabkan kemalangan.
Dalam pada itu, anda juga boleh menjalankan bisnes jika anda membuka akaun simpanan menerusi Pelan Simpanan Eksklusif Tycoon Group. Bisnes bersama Tycoon Group membolehkan anda menjana pendapatan tambahan sehingga lima angka dalam masa satu bulan. Berminat untuk membuka akaun simpanan menerusi Pelan Simpanan Eksklusif Tycoon Group? Hubungi mereka menerusi:
Website : https://tycoongroup.my/
Facebook : Tycoon Group
Instagram : Tycoon Group
Email : tycoon.groupwm@gmail.com
Nombor : 013-2090322 (Tuan Syed)