Aplikasi Safer adalah sebuah produk yang telah dikeluarkan oleh Safer Group. Melalui aplikasi Safer, terdapat pelbagai jenis perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengguna menerusi aplikasi dalam talian itu. Justeru itu, terdapat juga peluang pekerjaan yang telah dibuka dengan adanya penawaran perkhidmatan oleh Safer.

Antara jenis perkhidmatan yang ditawarkan Safer adalah Safer Food, Safer Delivery, Safer Ride dan Safer Concierge. Perkhimatan yang ditawarkan merupakan perkhidmatan penghantaran yang akan dilakukan oleh rakan penghantar atau pemandu Safer. Oleh yang demikian, Safer membuka peluang kepada anda di luar sana yang berminat untuk menjadi rakan penghantar atau pemandu mendaftar bersama Safer.

Pendaftaran hanya perlu dilakukan secara dalam talian sahaja iaitu menerusi laman sesawang rasmi safer.my (http://tinyurl.com/ycetm3vh) atau menerusi aplikasi Safer Driver. Pendaftaran juga adalah percuma. Aplikasi Safer Driver boleh dimuat turun di-

Google Play Store: https://bit.ly/2yp8ADH 
Apple App Store: https://apple.co/2ZvyNeX

Terdapat beberapa butiran berkaitan diri dan kenderaan yang diperlukan sewaktu mendaftar. Berikut adalah beberapa butiran yang diperlukan semasa mendaftar sebagai rakan penghantar atau pemandu Safer.

  • Kad pengenalan
  • Gambar profil yang diambil mengikut kriteria
  • Jenis kenderaan yang akan digunakan untuk melakukan kerja penghantaran
  • Road tax kenderaan
  • Insurans kenderaan
  • Geran kenderaan
  • Butiran akaun bank
BACA JUGA :   Safer Food Perlukan Kemasukan Abang Rider Segera!

Rakan pemandu atau penghantar juga perlu memilih sama ada untuk menjalankan pekerjaan sebagai rakan pemandu atau rakan penghantar. Pendaftar perlu memastikan bahawa jenis pekerjaan bersesuaian dengan jenis kenderaan yang digunakan.

Setelah mengisi segala butiran, terdapat pula syarat tertentu yang telah ditetapkan oleh pihak Safer. Berikut adalah syarat kelayakan untuk menjadi rakan penghantar:

  • Memiliki kenderaan seperti motosikal, kereta, van, lori atau lain-lain.
  • Memiliki lesen kenderaan yang sah.
  • Mempunyai telefon pintar dengan akses internet.
  • Tiada had buatan kenderaan yang dikenakan.
  • Tidak memerlukan lesen PSV atau EVP.

Untuk menjadi rakan pemandu Safer pula adalah:

  • Memiliki kenderaan seperti motosikal atau kereta.
  • Memiliki lesen kenderaan yang sah dan penuh.
  • Mempunyai telefon pintar dengan akses internet.
  • Buatan kenderaan 2012 dan ke atas.
  • Memerlukan lesen PSV dari JPJ dan EVP yang akan diuruskan pihak Safer.

Untuk memastikan akaun anda diaktifkan dalam masa 24 jam, anda perlu memberikan segala butiran dengan lengkap dan sempurna. Setelah mengikuti panduan dan arahan yang telah dinyatakan, para pemandu perlu menunggu untuk akaun diaktifkan. Sekiranya butiran lengkap sudah diberikan, namun akaun masih belum diaktifkan, anda boleh berhubung dengan pihak Safer menerusi Live Chat di laman sesawang Safer.

BACA JUGA :   Jana Pendapatan Tambahan Bersama Safer Sebagai Rakan Penghantar Atau Pemandu.

Setelah pengaktifan akaun dilakukan, anda sudah boleh mula bekerja sebagai rakan penghantar atau pemandu. Anda perlu menetapkan tetapan “Go Online” untuk menerima notifikasi apabila terdapatnya kerja penghantaran. Adalah lebih baik sekiranya anda menghidupkan ‘push notification‘ untuk aplikasi Safer Driver anda untuk mengelakkan anda terlepas job.

Selain melakukan kerja-kerja penghantaran, rakan penghantar dan pemandu juga boleh jana pendapatan sampingan. Pendapatan sampingan tersebut boleh didapati dengan cara berkongsikan referral code rakan penghantar atau pemandu kepada mereka yang masih belum mempunyai akaun Safer.

Setelah mereka mendaftar menggunakan referral code tersebut, rakan penghantar atau pemandu akan dapat menerima 1% dari transaksi yang dijalankan di dalam aplikasi Safer. Semakin ramai yang mendaftar menggunakan referral code anda, semakin tinggi peluang anda untuk jana pendapatan sampingan dengan banyak.

Untuk mendapatkan lebih maklumat berkaitan peluang yang ditawarkan oleh Safer, anda boleh berhubung  atau mengikuti Safer menerusi platform di bawah.

Customer Service : 011-2058 6389
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Official Website : https://safer.asia/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
TikTokhttps://vt.tiktok.com/ZSJ2FEffN/
Youtube : https://bit.ly/safergroup

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here