Untuk makluman, Safer sedang menjalankan satu promosi yang dipanggil ‘Zero Commission’ untuk memberikan kemudahan kepada rakan penghantar dan pemandu. Promosi ini membolehkan rakan penghantar atau pemandu untuk menjalankan pekerjaan bersama Safer tanpa sebarang caj penolakan. Dengan itu, rakan penghantar atau pemandu dapat bekerja bersama Safer dengan menerima pulangan secara penuh.

Oleh yang demikian, jika anda berminat untuk menjadi rakan penghantar atau rakan pemandu Safer, anda boleh lakukan pendaftaran secara percuma menerusi pautan http://tinyurl.com/ycetm3vh atau menerusi aplikasi Safer Driver.

Safer Driver di APP STORE: https://apple.co/2ZvyNeX  

Safer Driver di PLAY STORE: https://bit.ly/2yp8ADH  

Adapun begitu, untuk melakukan pendaftaran bersama Safer, anda perlu melepasi beberapa syarat kelayakan seperti yang tertera di bawah. Perlu diingatkan, syarat untuk menjadi rakan penghantar dan pemandu adalah berbeza. Berikut adalah syarat-syarat untuk menjadi rakan penghantar atau rakan pemandu.

Syarat menjadi rakan penghantar

  • Memiliki kenderaan seperti motosikal, kereta, van, lori dan lain-lain.
  • Memiliki lesen memandu yang sah.
  • Tiada had kenderaan yang dikenakan.
  • Memiliki telefon pintar dengan akses internet.

Syarat menjadi rakan pemandu

  • Memiliki kenderaan seperti motosikal atau kereta.
  • Memiliki lesen memandu yang sah dan penuh.
  • Mempunyai had kenderaan 2012 dan ke atas.
  • Memiliki telefon pintar dengan akses internet.
  • Mempunyai lesen PSV (yang diambil di JPJ) dan lesen EVP (akan diuruskan oleh pihak Safer).
BACA JUGA :   Pendaftaran Sebagai Safer Delivery Partner & Driver Secara Percuma

Anda juga boleh menjadi rakan penghantar dan pemandu dalam masa yang sama. Oleh itu, pastikan anda tidak lupa untuk memilih jenis perkhidmatan mana yang anda mahu lakukan. Selain itu, terdapat beberapa butiran penting yang perlu dilampirkan sewaktu pendaftaran. Antara butiran yang diperlukan adalah:

  • Kad pengenalan
  • Geran kenderaan
  • Insurans kenderaan
  • Roadtax kenderaan
  • Akaun bank

Untuk memudahkan urusan pengaktifan akaun, anda boleh mengikuti langkah-langkah yang telah diberitahu sewaktu pendaftaran. Sekiranya ada diantara maklumat yang tidak lengkap, pengaktifan mungkin tidak dapat dilakukan dengan kadar segera.

Untuk pengetahuan anda, kerja penghantaran adalah berbeza mengikut jenis pekerjaan yang dilakukan. Safer menawarkan kepada anda untuk menjalankan perkhidmatan penghantaran seperti penghantaran barangan, makanan, penumpang dan pandu serta bantu.

Berikut adalah jenis perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak Safer:

  1. Safer Ride: Perkhidmatan menghantar penumpang dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Dijalankan oleh rakan pemandu.
  2. Safer Concierge: Perkhidmatan menghantar penumpang dan dalam masa yang sama bertindak seperti pembantu peribadi penumpang. Akan dijalankan oleh rakan pemandu.
  3. Safer Food: Perkhidmatan penghantaran pesanan makanan daripada restoran atau mana-mana vendor makanan Safer kepada pengguna. Perkhidmatan ini akan dijalankan oleh rakan penghantar.
  4. Safer Delivery: Perkhidmatan ini merupakan khidmat penghantaran pelbagai jenis barangan. Rakan penghantar akan menjalankan perkhidmatan ini apabila menerima ‘job’ masuk.
BACA JUGA :   Syarat Kelayakan Untuk Menjadi Driver Dan Delivery Partner Safer.

Selain menjalankan kerja penghantaran, rakan penghantar atau pemandu juga boleh menjana pendapatan pasif. Pendapatan pasif ini boleh dijana dengan cara berkongsikan referral code anda sendiri kepada mereka di luar sana yang masih belum mempunyai akaun Safer.

Rakan penghantar dan pemandu dapat menerima 1% daripada nilai resit kerja yang dijalankan oleh rakan pemandu lain atau nilai resit yang telah dibayar oleh pengguna yang menggunakan perkhidmatan Safer. Lihat video di bawah untuk mengetahui penjelasan dengan lebih lanjut.

Untuk maklumat yang lebih lanjut atau jika anda mempunyai sebarang pertanyaan. Anda boleh berhubung dengan pihak Safer menerusi mana-mana platform seperti di bawah. Jika berkelapangan, anda juga boleh mengikuti sesi LIVE Safer berkaitan topik Provider pada setiap Khamis jam 11.30 pagi.

Customer Service : 011-2058 6389
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Official Website : https://safer.asia/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram :https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter :https://twitter.com/SAFERofficial
TikTokhttps://vt.tiktok.com/ZSJ2FEffN/
Youtube : https://bit.ly/safergroup 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here