Perniagaan secara dalam talian bukanlah sesuatu yang baharu. Ianya sudah menjadi kelaziman bagi semua peniaga dan usahawan pada masa kini. Jika keluar ke kedai-kedai makan atau mana-mana premis perniagaan, mesti akan ada satu banner berwarna hijau atau pink yang menghiasi bahagian depan kedai.
Banner tersebut menunjukkan bahawa peniaga telah bekerjasama dengan syarikat yang menawarkan khidmat penghantaran makanan. Dengan itu, ianya menjadikan perniagaan tersebut telah meluaskan pasaran perniagaannya secara dalam talian. Dengan hanya sebuah aplikasi, pelanggan sudah dapat memesan dan membeli makanan menggunakan telefon pintar sahaja.
Penghantaran makanan yang telah dipesan akan dihantar terus kepada pelanggan mengikut tempat yang telah ditempah. Oleh itu, ianya menjadi mudah kepada golongan peniaga dan lebih mudah kepada pelanggan. Antara kemudahan lain adalah peniaga mungkin tidak memerlukan kapasiti tempat yang luas untuk berniaga. Dengan adanya aplikasi dalam talian ini, pasti tidak ramai yang akan makan di premis makanan.
Selain itu, platform perniagaan dalam talian juga memberikan peluang kepada usahawan home-kitchen yang berniaga dari rumah. Perkara ini dapat menjimatkan beberapa kos perniagaan yang dijalankan. Oleh yang demikian, Safer juga menawarkan peluang perniagaan secara dalam talian kepada semua usahawan dan peniaga di luar sana.
Safer Group merupakan sebuah syarikat keluaran tempatan, ia menawarkan pelbagai perkhidmatan yang boleh ditempah secara dalam talian. Dengan itu, wujud peluang kepada usahawan makanan di luar sana untuk menjadi salah satu rakan niaga bersama Safer. Kini, Safer sedang menjalankan promosi ‘Sifar Komisen’ kepada semua rakan niaga yang telah mendaftar bersama Safer.
Apakah itu promosi ‘Sifar Komisen’? Promosi ‘Sifar Komisen’ merujuk kepada promosi yang menawarkan caj penolakan sebanyak 0% kepada semua vendor makanan Safer. Dengan ini, peniaga dapat berniaga menerusi platform dalam talian secara percuma sahaja! Tidak hanya itu, pendaftaran untuk menjadi salah satu vendor di Safer juga adalah percuma.
Untuk berniaga bersama Safer, anda boleh lakukan pendaftaran secara dalam talian iaitu menerusi laman sesawang rasmi Safer dan aplikasi Safer Food Merchant. Pendaftaran boleh dilakukan dengan memberikan butiran-butiran seperti:
- Kad pengenalan peniaga.
- Lesen perniagaan.
- Lesen daripada SSM.
- Sijil Halal.
- Akaun bank perniagaan.
- Lokasi premis perniagaan.
- Waktu perniagaan beroperasi.
- Menu makanan berserta gambar.
- Harga makanan yang diniagakan.
Pendaftaran menerusi laman sesawang : https://www.safer.my/sign-up-restaurant
Aplikasi Safer Food Merchant di-
Google Play Store https://bit.ly/SaferFood-PlayStore-Install
Apple App Store https://bit.ly/SaferFood-AppStore
Peluang perniagaan ini dibuka kepada semua jenis peniaga asalkan peniaga menjalankan perniagaan makanan atau minuman. Selain menawarkan platform untuk berniaga, Safer juga mempunyai rakan penghantar yang akan membantu para peniaga untuk menghantar pesanan kepada pelanggan. Semua pesanan akan dilakukan oleh pengguna yang menggunakan aplikasi Safer.
Oleh yang demikian, para peniaga perlu untuk memuat turun aplikasi Safer Food Merchant dan ‘go online’ untuk menerima pesanan. Perkara ini boleh dilakukan setelah akaun niaga anda diaktifkan oleh pihak Safer. Untuk pengaktifan yang lebih pantas, adalah penting untuk memberikan maklumat dengan lengkap dan sempurna. Peniaga perlu mengikuti setiap langkah yang telah diberikan dan peniaga sudah boleh berniaga secara percuma bersama Safer.
Jika para peniaga mempunyai sebarang soalan atau pertanyaan? Hilangkan pertanyaan anda dengan mengikuti kelas yang dilakukan oleh Safer Food Merchant atau dengan mengikuti sesi Live Safer. Kelas tersebut boleh ditempah menerusi pautan https://bit.ly/KelasBersamaSaferFood dan Live bersama Safer Food Merchant adalah pada setiap hari Rabu jam 11.30 pagi.
Anda boleh mengikuti perkembangan Safer menerusi mana-mana platform di bawah. Anda juga boleh berhubung terus dengan pihak Safer menerusi laman sesawang rasmi Safer seperti yang tertera.
Customer Service : 011-2058 6389
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Official Website : https://safer.asia/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSJ2FEffN/
Youtube : https://bit.ly/safergroup