Jika ada di antara anda yang masih tidak mengetahui tentang platform perniagaan secara dalam talian bersama Safer, pastikan anda membaca artikel ini sehingga tamat. Sehingga kini, terdapat lebih daripada 2000 peniaga di sekitar semenanjung Malaysia yang sudah mendaftar sebagai vendor makanan di Safer Food.

Jika anda merupakan di antara peniaga makanan yang membuka gerai, bazar, restoran, food-truck, home-kitchen, atau apa-apa sahaja, anda boleh mendaftar sebagai vendor Safer.

Pihak Safer membuka seluas-luasnya peluang kepada anda yang mahu memulakan perniagaan secara dalam talian. Untuk mendaftar bersama Safer Food Merchant, peniaga memerlukan butiran dan dokumen seperti berikut.

  1. Lesen perniagaan
  2. Lesen dari SSM
  3. Kad pengenalan
  4. Sijil halal (diutamakan kepada peniaga bukan Muslim)

Jika anda tidak mempunyai satu daripada lampiran di atas, anda boleh berhubung dengan pihak Safer Food Merchant untuk mendapatkan bimbingan. Namun, jika anda mempunyai keseluruhan lampiran dengan lengkap, anda sudah boleh terus mendaftar menerusi pautan https://www.safer.my/sign-up-restaurant. Anda juga boleh melakukan pendaftaran menerusi aplikasi Safer untuk Food Merchant melalui Google Play Store dan Apple App Store.

BACA JUGA :   Peniaga Kecil-Kecilan Digalak Mendaftar Bersama Safer Food Merchant.

Ketika pendaftaran dilakukan, peniaga perlu memuat naik dokumen dan mengisi butiran-butiran yang telah ditetapkan. Dokumen tersebut boleh dimuat naik menerusi bentuk gambar dan fail. Selain memuat naik dokumen, peniaga perlu mengisi beberapa butiran berkaitan perniagaan. Antara butiran tersebut adalah:

  • Lokasi premis perniagaan
  • Waktu perniagaan beroperasi
  • Menu berserta gambar makanan atau minuman
  • Harga jualan makanan dan minuman
  • Akaun bank perniagaan

Setelah anda mengisi kesemua dokumen dan butiran yang diminta, pihak Safer akan melakukan pemeriksaan terlebih dahulu dan pengaktifan akan dilakukan dalam masa 24 jam. Namun, jika anda tidak melengkapkan butiran atau mana-mana dokumen, tempoh pengaktifan mungkin akan menjadi lebih panjang.

Banyak kelebihan jika peniaga melakukan perniagaan secara dalam talian lebih-lebih lagi sewaktu pandemik COVID-19 masih lagi berlangsung. Antaranya adalah anda dapat berniaga dan peroleh hasil yang sama meskipun harus mengurangkan kapasiti kemasukan pelanggan. Tambahan daripada itu, Safer menyediakan khidmat penghantaran makanan yang akan dijalankan oleh Delivery Partner Safer. Peniaga hanya perlu menyediakan pesanan dan tunggu pesanan tersebut diambil.

BACA JUGA :   Berniaga Makanan & Minuman Melalui Safer Food Merchant Sepanjang PKP!

Aplikasi Safer merupakan aplikasi yang akan mengendali segala transaksi. Safer tidak menggunakan devices, akan tetapi menerusi aplikasi di dalam telefon pintar. Peniaga boleh menetapkan tetapan waktu peniaga mahu menerima tempahan pesanan. Peniaga juga boleh menyemak data dan analisis perniagaan yang dijalankan bersama Safer.

Jika peniaga berminat, peniaga boleh mendaftar terus kerana pendaftaran adalah percuma sahaja. Tidak cukup dengan itu, Safer juga menawarkan promosi kosong peratus caj komisen kepada semua vendornya. Secara tidak langsung, anda dapat berniaga secara percuma di dalam talian bersama Safer. Jangan lepaskan peluang untuk nikmati promosi kosong peratus komisen ini sebelum tempoh tamat!

Untuk maklumat yang lebih lanjut, anda boleh hubungi atau ikuti pihak Safer menerusi mana-mana platform di bawah.

Customer Service : 011-2058 6389
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Official Website : https://safer.asia/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram :https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter :https://twitter.com/SAFERofficial
TikTokhttps://vt.tiktok.com/ZSJ2FEffN/
Youtube : https://bit.ly/safergroup 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here