Berminat untuk sambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di universiti luar negara? Lakukan pendaftaran bersama Daulah Educonsult sekarang! Daulah Educonsult menawarkan kepada para pelajar di luar sana untuk mendaftar kemasukan bagi sesi 2021. Tidak hanya membuka pendaftaran, Daulah Educonsult juga menawarkan khidmat konsultasi kepada pelajar yang memerlukan sesi konsultasi.

Antara pilihan negara yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult adalah Rusia, Indonesia, Poland, Mesir dan lain-lain. Pendaftaran kemasukan yang terkini adalah pada bulan April, Jun dan September. Adapun begitu, kebanyakan negara menjalankan sesi kemasukan pada bulan September.

Berikut adalah senarai universiti yang menawarkan bidang Perubatan kepada pelajar.

  1. Kursk State Medical University, Rusia
  2. Volvogard State Medical University, Rusia
  3. I.M. Sechenov First Moscow State Medical University, Rusia
  4. Universitas Sumatera Utara, Indonesia
  5. Universitas Airlangga, Indonesia
  6. Universitas Hasanuddin, Indonesia
  7. Medical University of Lodz, Poland
  8. Medical University of Warsaw, Poland
  9. Universiti Al-Azhar, Mesir
  10. Universiti Alexandria, Mesir
  11. Universiti Zagazig, Mesir
BACA JUGA :   Sambung Belajar Dalam Bidang Perubatan Di Luar Negara Bersama Daulah Edconsult

Terdapat pelbagai lagi universiti yang ditawarkan selain yang ditawarkan di atas. Untuk mengetahui senarai universiti yang penuh, anda boleh melayari laman sesawang rasmi Daulah Educonsult di https://daulahmedic.com/.

Kesemua universiti yang disenaraikan merupakan universiti yang menawarkan bidang perubatan di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Para pelajar yang berminat untuk menyambung pengajian dalam bidang perubatan boleh lakukan pendaftaran segera. Berikut merupakan syarat kelayakan umum untuk mendaftarkan diri di dalam bidang perubatan di universiti luar negara.

  • Lepasan SPM, IGCSE dan setaraf: Memperoleh minimum B bagi semua subjek Sains (Biologi, Kimia, Fizik).
  • Lepasan Diploma, Matrikulasi, Asasi dan setaraf: Memperoleh minimum 3.0 CGPA.(Merupakan pelajar aliran sains)

Jika pelajar mempunyai keputusan selain daripada syarat kelayakan di atas, pelajar boleh mendapatkan khidmat konsultasi secara percuma dengan Daulah Educonsult. Konsultan Daulah akan cuba membantu dari segi kelayakan kemasukan ke universiti dan mencadangkan pilihan yang terbaik kepada pelajar.

Pelajar juga tidak perlu bimbang berkenaan sijil yang bakal diperoleh. Semua universiti yang telah ditawarkan Daulah Educonsult merupakan universiti yang telah mendapat pengiktirafan daripada MQA, JPA, MMC, dan pelbagai agensi kerajaan dan antarabangsa. Sijil yang bakal diperoleh juga boleh digunakan untuk memohon pekerjaan di mana-mana pusat perubatan di dalam Malaysia.

BACA JUGA :   Sambung Belajar di Rusia Bulan September 2020 melalui Daulah Educonsult

Untuk mengetahui cara pendaftaran atau mendapatkan sesi konsultasi daripada pihak Daulah Educonsult, pelajar boleh menghubungi konsultan Daulah menerusi:

Website : http://daulahmedic.com/  
Facebook : Daulah Educonsult  
Youtube : Daulah Educonsult
Email : daulahmedic@gmail.com 
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322(Tuan Syed) 

Selain bidang perubatan, Daulah Educonsult turut membuka pendaftaran bagi kemasukan dalam bidang Farmasi, Pergigian, Gerontologi, Ekonomi Syariah, Bahasa Arab, Usuluddin, Kejuruteraan dan lain-lain. Hubungi Daulah Educonsult untuk ketahui maklumat yang lebih lanjut dan terkini.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here