Pendapatan anda terjejas atau anda memerlukan pendapatan tambahan untuk menampung kehidupan seharian? Ayuh sertai Safer sebagai Rider atau Driver! Jika anda mempunyai kenderaan yang boleh digunakan untuk menjalankan kerja-kerja penghantaran, anda boleh mendaftar.

Pendaftaran sebagai Rider atau Driver adalah percuma! Jika anda memberikan maklumat dengan lengkap dan sempurna, akaun anda akan diaktifkan dalam masa 24 jam. Oleh itu, pastikan anda lampirkan semua butiran yang telah diminta sewaktu pendaftaran.

Apakah butiran dan dokumen yang diperlukan ketika mendaftar? Lihat senarai di bawah.

  1. Kad pengenalan
  2. Geran kenderaan
  3. Road tax kenderaan
  4. Insurans kenderaan
  5. Akaun bank

Anda juga akan diperlukan untuk mengambil gambar profil dengan ciri-ciri yang telah ditetapkan. Akaun anda akan diaktifkan hanya setelah pihak Safer mengesahkan pendaftaran anda.

Adapun begitu, terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi untuk menjadi Rider atau Driver Safer. Syarat-syarat tersebut adalah untuk memastikan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan adalah memuaskan kepada semua pengguna Safer.

Berikut adalah syarat untuk menjadi Rider Safer:
  • Memiliki kenderaan seperti motosikal, kereta, van, lori dan lain-lain jenis kenderaan.
  • Memiliki lesen memandu yang sah.
  • Mempunyai telefon pintar dengan akses internet.
Berikut adalah syarat untuk menjadi Driver Safer:
  • Memiliki kenderaan seperti motosikal atau kereta.
  • Memiliki lesen memandu yang sah dan penuh.
  • Mempunyai telefon pintar dengan akses internet.
  • Had buatan kenderaan adalah 2012 dan ke atas.
  • Memerlukan lesen PSV dan lesen EVP.
BACA JUGA :   Rakan Penghantar Dan Pemandu Disaran Untuk 'Go Online' Supaya Mudah Terima 'Job'

(Lesen PSV perlu diambil di JPJ, manakala EVP akan diuruskan oleh pihak Safer.)

Tertarik untuk menjadi Rider atau Driver Safer? Daftar sekarang di http://tinyurl.com/ycetm3vh . Anda juga boleh mendaftar menerusi aplikasi Safer Driver yang boleh diperolehi di:

SAFER driver APP STORE: https://apple.co/2ZvyNeX  

SAFER driver PLAY STORE: https://bit.ly/2yp8ADH  

Selain melakukan pendaftaran menerusi aplikasi ini, anda juga akan menerima kerja-kerja penghantaran daripada pengguna Safer melaluinya. Apabila akaun anda sudah diaktifkan, anda perlu ‘Go Online’ untuk menerima ‘job’ yang akan masuk.

Antara kerja yang boleh dilakukan sebagai Rider atau Driver Safer adalah kerja-kerja penghantaran menerusi perkhidmatan Safer Food, Safer Delivery dan Safer Ride.

Safer Food adalah perkhidmatan penghantaran makanan kepada pengguna. Pengguna akan memesan makanan menerusi perkhidmatan ini dan Rider akan sampaikan makanan yang telah disediakan oleh peniaga kepada pengguna.

Safer Delivery pula merupakan perkhidmatan penghantaran barangan dari satu lokasi ke lokasi yang ditentukan. Pengguna Safer akan memilih jenis kenderaan yang diperlukan untuk melakukan penghantaran. Rider hanya perlu menghantarkan barangan yang telah dititipkan ke tempat tujuan dengan selamat.

BACA JUGA :   Pendaftaran Secara Percuma Untuk Safer E-Hailing Driver

Safer Ride pula adalah perkhidmatan penghantaran penumpang dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Pengguna dapat memilih jenis kereta yang mahu dinaiki berdasarkan kategori perkhidmatan seperit SaferGo, SaferGo Xtra, Safer Gold, Safer Indulge dan Safer Swift. Driver akan mengambil penumpang di tempat yang telah ditetapkan kemudian menghantar penumpang tersebut ke tempat yang mahu ditujui.

Selain menjalankan kerja-kerja penghantaran sebagai sumber pendapatan. Rider dan Driver Safer juga boleh menjana pendapatan sampingan menerusi perkongsian referral code mereka kepada orang ramai. Pendapatan sampingan akan diaktifkan hanya apabila orang tersebut mendaftar akaun Safer menggunakan referral code yang telah dikongsi.

1% pulangan daripada nilai resit yang telah dijalankan menerusi aplikasi akan diterima oleh Rider atau Driver. Semakin ramai orang mendaftar menggunakan referral code Rider atau Driver untuk mendaftar dan menggunakan Safer, semakin banyak pulangan yang akan diterima oleh Rider atau Driver.

Mahu ketahui tawaran terkini yang dilakukan oleh Safer? Hubungi atau ikuti Safer di laman sesawang rasmi atau laman media sosial rasmi.

Customer Service : 011-2058 6389
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Official Website : https://safer.asia/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram :https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter :https://twitter.com/SAFERofficial
TikTokhttps://vt.tiktok.com/ZSJ2FEffN/
Youtube : https://bit.ly/safergroup

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here