Pada beberapa hari yang lalu, telah tular satu berita di mana seorang peniaga burger yang beroperasi di hadapan rumahnya dikenakan kompaun dengan jumlah RM50,000. Kompaun tersebut telah dikenakan terhadap peniaga kerana beliau melanggar prosedur operasi standard (SOP) semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan.
Beliau yang menjalankan perniagaan menjual burger di kawasan perumahan beliau yang terletak di Kelantan berasa amat terkesan dengan pemberian kompaun yang dikenakan. Nilainya yang mencapai angka maksimum di bawah Akta 342 dilihat sebagai tidak munasabah. Lebih-lebih lagi kepada beliau yang hanya menjual burger di hadapan rumah.
Tindakan daripada pihak berkuasa telah diambil berikutan laporan orang ramai yang menyatakan peniaga telah menjalankan perniagaan dengan lebih masa. Rata-rata menzahirkan rasa simpati dan menyatakan bahawa pihak yang bertanggungjawab tidak sepatutnya memberikan kompaun dengan nilai yang sebegitu.
Mengikut laporan, terdapat dua lagi peniaga yang dikenakan nilai kompaun yang sama. Setelah mendapat perhatian daripada pelbagai pihak, dikatakan keterangan lanjut telah diambil. Pihak polis Kelantan telah meneliti semula perkara ini dan mengambil keterangan daripada mereka yang telah dikenakan tindakan tersebut.
Terdapat pelbagai reaksi yang diterima oleh masyarakat terutamanya daripada golongan artis seperti Caprice dan Neelofa. Caprice telah berhubung sendiri dengan pihak peniaga burger tersebut dan berancang untuk membuka satu tabung kutipan derma untuk membantu peniaga tersebut membayar kompaun yang dikenakan.
Selain itu, ianya turut mendapat perhatian daripada Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri. “Bagi saya, walaupun di luar bidang kuasa saya tetapi perkara seperti itu tidak sepatutnya berlaku. Hukumannya adalah terlalu tinggi,” kata beliau di dalam satu sidang media.
Terdapat juga yang melontarkan ketidakpuasaan hati di media sosial berhubung perkara ini. Masing-masing tidak bersetuju dengan tindakan yang telah dikenakan ke atas peniaga tersebut dan menyatakan pihak berkuasa seharusnya memberikan peringatan terlebih dahulu sebelum memberikan kompaun dengan nilai maksimum.
Sumber: Astro Awani
Mahu menjalankan pekerjaan sampingan untuk menambah duit poket? Daftar sebagai pengguna atau rakan penghantar serta pemandu Safer sekarang! Anda boleh menambah pendapatan anda secara pasif menerusi perkongsian referral code.
Melalui cara ini, anda sudah mengaktifkan pendapatan pasif bagi akaun anda. Lebih ramai menggunakan referral code anda semasa mendaftar. Lebih tinggi peluang untuk anda dapatkan pendapatan apabila mereka menggunakan mana-mana perkhidmatan Safer.
Mempunyai pertanyaan berkaitan tawaran yang dianjurkan oleh Safer? Hubungi Safer menerusi platform yang berikut:
Customer Service : 011-2058 6389
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Official Website : https://safer.asia/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSJ2FEffN/
Youtube : https://bit.ly/safergroup