Anda tidak pernah memperoleh pendapatan sehingga lima angka dalam masa satu bulan meski penat membanting tulang mencari rezeki? Jangan bimbang, Tycoon Group ada jalannya untuk anda. Sesuai dengan matlamat penubuhannya, Tycoon group juga menawarkan peluang kepada anda untuk menjana pendapatan tambahan dengan jumlah yang lumayan.

Sah ke peluang yang dibuka oleh Tycoon Group ni? Jangan bimbang, peluang jana pendapatan yang dibuka kepada anda adalah sah di sisi undang-undang. Ianya juga telah mendapatkan pengiktirafan daripada perbadanan kerajaan Malaysia.

Jadi, bagaimana untuk menjana pendapatan sehingga boleh capai lima angka dalam masa satu bulan ini? Ikuti langkah-langkah di bawah dan anda juga mampu untuk memperoleh pendapatan berganda.

Yang pertama, apa yang perlu dilakukan adalah anda perlu membuka akaun simpanan menerusi Pelan Simpanan Eksklusif Tycoon Group. Simpanan ini boleh dibuka dengan memilih satu daripada tiga pelan yang ditawarkan. Anda merasa pelik mengapa anda perlu membuka akaun simpanan sedangkan anda mahu jana pendapatan?

Ini adalah sebabnya. Tycoon Group menjalankan bisnes secara memasarkan produk yang berada di bawah syarikat kewangan. Pelan Simpanan Eksklusif ini merupakan antara produk syarikat kewangan tersebut. Untuk menjana pendapatan, anda perlu membuka akaun simpanan terlebih dahulu untuk mengetahui selok belok pelan simpanan ini dijalankan.

BACA JUGA :   Menyimpan Dan Jana Pendapatan Bersama Tycoon Group Menerusi Projek Mustang.

Secara ringkasnya, anda sebagai penjual perlu memahami produk jualan anda sebelum menjualnya kepada orang lain. Cuma, dengan Tycoon Group, anda tidak menjual produk sebaliknya mengajak orang lain untuk membuka akaun simpanan demi masa depan mereka. Matlamat utama Tycoon juga adalah memberikan didikan kepada orang di luar sana untuk menabung demi masa hadapan yang lebih cerah.

Sudah faham dengan konsep yang dijalankan? Ketahui langkah yang seterusnya. Langkah kedua adalah anda perlu mendaftar sebagai ahli Tycoon Group di mana anda akan menjalankan bisnes ini di bawah nama Tycoon Group.

Langkah seterusnya adalah anda perlu menjalani ujian PCE iaitu ujian Pre-Contract Examination. Ujian ini adalah untuk memastikan anda berkelayakan untuk menjadi seorang Wealth Advisor (WA) atau penasihat kewangan. Setiap yang kita lakukan mesti ada modalnya, ujian ini merupakan modal untuk anda mendapatkan pendapatan yang lebih tinggi.

Terdapat yuran pendaftaran yang perlu dibayar sebelum ujian diambil dan ianya Anda perlu lulus di dalam ujian ini untuk melayakkan diri anda menjadi seorang WA. Jika anda lulus, wang pendaftaran yang telah dibayar akan dikembalikan sepenuhnya kepada anda. Anda tidak perlu bimbang kerana ahli Tycoon Group sedia menghulurkan bantuan untuk membimbing anda dalam menjalani ujian tersebut.

BACA JUGA :   Anda Juga Mampu Jadi Usahawan Dengan Mula Berbisnes Bersama Tycoon Group!

Setelah lulus di dalam ujian tersebut, anda terus boleh menjalankan bisnes dengan mengajak orang ramai atau kenalan anda membuka akaun simpanan. Setiap bukaan akaun yang didaftarkan di bawah anda, anda akan menerima komisen yang boleh mencecah sehingga 35%. Lebih ramai yang membuka akaun bersama anda, lebih banyak komisen yang akan anda peroleh.

Tidak hanya menjalankan bisnes semata-mata, anda juga akan didedahkan dengan kelas-kelas bisnes yang mana ianya dapat membantu anda di dalam dunia bisnes tersebut. Dalam pada anda mengajak orang membuka akaun, anda juga boleh menjana pendapatan pasif sekiranya anda berjaya mencapai peringkat WM atau Wealth Manager atau Usahawan Kewangan.

Seorang WM boleh menjana pendapatan pasif menerusi komisen referral sehingga lima lapisan. Pendapatan pasif ini akan anda terima di sepanjang hayat anda! Bagaimana? Berminat untuk mengetahui perkara ini dengan lebih lanjut? Hubungi pihak Tycoon Group menerusi:

Website : https://tycoongroup.my/
Facebook : Tycoon Group
Instagram : Tycoon Group
Email : tycoon.groupwm@gmail.com
Nombor : 013-2090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here