Ekspo Teknologi Malaysia atau lebih dikenali sebagai Malaysia Technology Expo (MTE) Virtual 2021 telah dijalankan baru-baru ini. Fungsi MTE Virtual 2021 adalah untuk mengumpulkan kumpulan pencipta inovasi dari seluruh dunia. Ekspo ini memberi ruang kepada pencipta untuk mengenengahkan hasil ciptaan inovasi mereka untuk dipertandingkan dalam International Innovation Awards 2021 dan pelbagai anugerah lain.
Ianya telah disertai oleh 500 pencipta inovasi dari seluruh negara. Justeru itu, terdapat juga penyertaan daripada pencipta inovasi Malaysia. Antaranya adalah mereka yang berada di bawah universiti. Antara universiti yang bertanding adalah Universiti Teknologi Petronas (UTP). Dikatakan kesemua 11 penyertaan dari universiti terbabit memenangi anugerah.
Antara ciptaan yang telah menerima anugerah ialah:
- TowerSense dan Monitoring & Acclimatisation Neural-Trained Aquaculture System (MANTA) (ciptaan Ir Dr Lim Eu Shawn)
- Mini Portable Solar Still (MPSS) (ciptaan Prof Madya Dr Kamaruzaman Wan Yusof)
- Intelligent Mental Stress Monitor (I-MSM) (ciptaan Prof Madya Dr Syed Saad Azhar Ali)
- Clathrate Hidrate Based Seawater Desalination Reactor (ciptaan Dr Bhajan Lal)
- LENFLOC (ciptaan Dr Ho Yeek Chia)
- DT.Offloading (ciptaan Prof Ir Dr Mohd Shahir Liew dan Prof Ir Dr Zahiraniza Mustaffa)
- NeToxIC (ciptaan Prof Dr Faiz Ahmad)
- Real-Time Prediction of SPG in Drilling Operation (ciptaan Prof Madya Dr Syahrir Ridha (ciptaan Ir Dr Lim Eu Shawn)
- EDIT dan I-LAUREATE (ciptaan Ir Dr Irraivan Elamvazuthi)
Selain UTP, terdapat pelbagai lagi pencipta dari universiti-universiti dalam negara yang lain yang telah menerima anugerah daripada MTE. Antara universiti tersebut adalah UPM, MMU, UMK, UTeM, UTM, UMP dan banyak lagi.
Sumber: BERNAMA
Anda berminat untuk melanjutkan pengajian ke universiti luar negara? Mempunyai cita-cita sambung belajar di luar negara? Ayuh mendaftar kemasukan ke universiti luar negara menerusi Daulah Educonsult.
Daulah Educonsult sedia memberikan bimbingan dan khidmat konsultasi kepada pelajar. Tidak memenuhi syarat kelayakan untuk memasuki universiti di dalam negara? Daulah Educonsult juga dapat membantu. Hubungi pihak Daulah Educonsult menerusi:
Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Email : daulahmedic@gmail.com
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)