Bidang pengajian pergigian merupakan antara bidang pengajian yang boleh dikira sangat diminati oleh pelajar Malaysia. Setakat Ogos 2020, seramai 11 ribu lebih doktor gigi yang telah didaftarkan di Malaysia sahaja. Disebabkan banyaknya permintaan kemasukan ke dalam bidang pengajian pergigian, Daulah Educonsult menawarkan peluang kepada pelajar Malaysia untuk menyambung pengajian di luar negara.

Daulah Educonsult merupakan sebuah agensi Konsultasi Pendidikan yang dapat memberikan sesi konsultasi atau bimbingan kepada pelajar. Agensi ini turut menawarkan peluang kepada pelajar untuk sambung belajar di luar negara. Segala pengurusan pendaftaran pelajar untuk ke luar negara akan diuruskan oleh Daulah Educonsult.

Berbalik kepada peluang pengajian dalam bidang pergigian di universiti luar negara, Daulah Educonsult menawarkan universiti yang terletak di Indonesia dan Bangladesh. Kedua-dua negara ini mempunyai universiti yang menawarkan bidang pergigian kepada pelajar luar negara. Ianya juga merupakan negara popular kerana kos pengajian yang lebih rendah berbanding universiti di negara luar yang lain.

Tambahan daripada itu, kedua-dua buah negara ini merupakan negara yang majoriti penduduknya adalah beragama Islam. Jadi pelajar tidak perlu bimbang berkaitan makanan halal atau beribadah. Universiti tawaran tersebut adalah:

BACA JUGA :   Ewww, Nafas Berbau! Apa Nak Buat Ni?
Indonesia
  • Universitas Sumatera Utara
  • Universitas Airlangga
  • Universiti Padjadjaran
Bangladesh
  • Dhaka Dental College

Tidak hanya mempunyai kemudahan yang lengkap, universiti-universiti tersebut juga mempunya fasiliti yang dapat membantu pelajar belajar dengan lebih selesa. Dengan itu, sesi pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar. Bagi pelajar yang berminat, syarat kelayakan untuk mendaftar kemasukan ke universiti di luar negara adalah:

  1. Bagi lepasan SPM, IGCSE @ setaraf: Minimum B bagi semua subjek sains
  2. Bagi lepasan Diploma, Matrikulasi, Asasi @ setaraf: Minimum 3.0 CGPA

Pengajian adalah untuk ke peringkat Ijazah Sarjana Muda, oleh yang demikian pelajar perlu mendapatkan khidmat nasihat daripada konsultan Daulah Educonsult untuk ketahui maklumat lanjut. Keputusan pelajar akan diberikan penilaian dan sesi konsultasi akan dijalankan secara percuma. Melalui sesi tersebut, pelajar akan dapat menilai kemampuan diri dan pilihan universiti yang ada.

Semua universiti yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult adalah diiktiraf oleh WHO, KPT, MQA, JPA, MMC dan MDC. Oleh itu, pelajar tidak perlu bimbang berkenaan sijil kelayakan pelajar apabila sudah tamat pengajian nanti. Sesi kemasukan bagi universiti di Indonesia adalah berbeza dengan universiti di Bangladesh. Indonesia memulakan sesi kemasukan pada bulan September manakala Bangladesh bermula pada Januari.

BACA JUGA :   Daulah Educonsult Sediakan Universiti Diiktiraf Di Rusia

Berminat Lanjutkan Pengajian ke Luar Negara?

Daftar Segera Bersama Daulah Educonsult!

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke dalam bidang pengajian yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah untuk merealisasikan impian pelajar supaya berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa. Perkara ini seiring dengan pengalaman syarikat yang telah menguruskan pelajar ke pelbagai negara terutamanya ke Indonesia dan Rusia. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian, Farmasi, Pengajian Islam dan lain-lain.

Untuk maklumat yang lebih lanjut, hubungi pihak Daulah Educonsult menerusi:

Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Email : daulahmedic@gmail.com
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here