Indonesia merupakan sebuah negara yang cukup kaya dengan kepelbagaian budaya. Selain Malaysia, Indonesia juga mempunyai masyarakat majmuk yang berbilang. Disebabkan Malaysia dan Indonesia adalah negara serumpun, ia menjadikan bahasa komunikasi yang digunakan seakan sama di beberapa kawasan. Adapun begitu, pasti anda tidak mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan sistem pendidikan tinggi di Indonesia.
Kali ini Deenamik akan menceritakan perihal penawaran sambung belajar ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Indonesia. Penawaran ini telah dikemukakan oleh agensi konsultasi pendidikan Daulah Educonsult. Eh? Daulah Educonsult ini apa pula?
Daulah Educonsult merupakan sebuah agensi konsultasi pendidikan yang membawa misi untuk merealisasikan impian pelajar sambung belajar di peringkat yang lebih tinggi. Tambahan itu, peluang sambung belajar yang ditawarkan pula adalah di luar negara seperti Indonesia, Rusia, Poland, Mesir dan Bangladesh. Penawaran ini termasuk dengan pendaftaran kemasukan ke universiti melalui Daulah Educonsult.
Pihak Daulah juga akan memberikan sesi konsultasi secara percuma kepada pelajar yang berminat untuk mendapatkan bantuan daripada mereka. Jika anda runsing di manakah tempat yang sesuai untuk anda lanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah, anda boleh berhubung terus dengan pihak Daulah Educonsult.

Berbalik kepada tawaran belajar di Indonesia, Daulah Educonsult hanya menawarkan universiti-universiti yang diiktiraf sahaja kepada pelajar. Universiti-universiti tersebut telah mendapatkan pengiktirafan daripada MQA, JPA, MMC, MDC, MPS, MVC dan lain-lain agensi antarabangsa. Tawaran pendaftaran kemasukan juga adalah pada sesi September 2021. Namun, para pelajar boleh melakukan pendaftaran awal supaya dapat menempah tempat untuk sambung belajar di universiti tertentu.
Daulah Educonsult akan menerangkan proses-proses pendaftaran yang lebih lanjut kepada pelajar yang berminat. Setiap universiti dan bidang yang ditawarkan mempunyai syarat kelayakan dan kemasukan yang berbeza. Oleh itu, sesi konsultasi pendidikan akan dijalankan oleh konsultan Daulah Educonsult.
Untuk permulaan, universiti di Indonesia menawarkan program bidang pengajian seperti perubatan, pergigian, farmasi, veterinar, usuluddin, syariah, Bahasa Arab dan lain-lain. Berdasarkan maklumat di atas, bidang pengajian yang ditawarkan terbahagi kepada dua iaitu bidang sains kesihatan dan pengajian Islam. Jika pelajar berminat untuk mendaftar kemasukan melalui mana-mana bidang, pihak Daulah Educonsult dapat membantu.
Berikut adalah senarai universiti yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult:
- Universitas Sumatera Utara (Perubatan, Farmasi, Pergigian)
- Universitas Airlangga (Perubatan, Farmasi, Pergigian, Veterinar)
- Universitas Hasanuddin (Perubatan)
- Universitas Padjadjaran (Farmasi, Perubatan, Pergigian)
- Institut Pertanian Bogor (Veterinar)
- Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim (Pengajian Islam)
- Universitas Islam Negeri Ar-Raniry (Pengajian Islam)
Syarat kelayakan dan syarat kemasukan universiti adalah berbeza mengikut bidang dan universiti. Dengan itu, pelajar boleh mendapatkan maklumat syarat kelayakan melalui laman sesawang Daulah Educonsult atau hubungi konsultan Daulah Educonsult. Jika pelajar tidak melepasi syarat yang telah ditetapkan, pelajar boleh terus berhubung dengan konsultan untuk mendapatkan khidmat nasihat.
Pihak Daulah Educonsult boleh dihubungi menerusi mana-mana platform seperti yang berikut:
Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Email : daulahmedic@gmail.com
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)