Anda merupakan seorang peniaga makanan yang sedang mencari peluang pemasaran yang lebih besar? Pastikan anda tidak hanya bekerja secara offline malahan secara online sekali. Dengan ini, anda boleh mendapatkan nilai tambah di dalam perniagaan sedia ada lebih-lebih lagi di dalam keadaan ekonomi tidak menentu ini. Anda menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan seperti berniaga dari rumah atau di warung tepi jalan?

Usah peningkan kepala, jika anda memenuhi semua dokumen kelengkapan untuk berniaga, anda juga boleh mendaftar untuk mula berniaga secara online. Di mana anda boleh mendaftar? Anda boleh mendaftar bersama Safer Food Merchant menerusi laman sesawang rasmi atau aplikasi Safer. Pendaftaran boleh dilakukan secara percuma sahaja!

Apa yang anda perlukan semasa mendaftar? Berikut adalah antara dokumen yang diperlukan untuk mula berniaga bersama Safer Food Merchant.

  • Kad pengenalan peniaga
  • Lesen perniagaan
  • Lesen SSM
  • Sijil Halal (bagi peniaga bukan Islam)

Selain dokumen perniagaan, terdapat juga beberapa butiran penting yang diperlukan untuk mengaktifkan perniagaan anda bersama Safer.

  • Lokasi premis perniagaan
  • Waktu perniagaan beroperasi
  • Menu berserta gambar
  • Harga
  • Akaun bank perniagaan

Sekiranya segala dokumen dan butiran telah dilengkapkan, akaun peniaga anda bakal diaktifkan dalam masa 24 jam. Namun, jika ada yang masih tidak mencukupi, peniaga boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada admin Safer Food Merchant. Admin Safer sedia membantu anda yang mempunyai masalah pendaftaran. Tidak hanya itu, Safer Food juga menyediakan kelas untuk para peniaga yang mempunyai kesulitan untuk mendaftar.

BACA JUGA :   Peniaga Kecil-Kecilan Digalak Mendaftar Bersama Safer Food Merchant.

Kelas tersebut boleh ditempah menerusi pautan https://bit.ly/KelasBersamaSaferFood.

Peniaga perlu memilih slot masa dan hari untuk mendapatkan kelas bantuan tersebut. Tambahan dari itu, Safer Food Merchant juga melakukan sesi LIVE pada setiap hari Rabu jam 11.30 pagi di Facebook dan Instagram rasmi Safer. Pelbagai perkara yang diketengahkan semasa sesi LIVE berlangsung dan kebanyakannya berkenaan tawaran yang dilakukan oleh Safer.

Bercakap berkenaan tawaran, Safer masih lagi menjalankan promosi ‘Zero Commission’ kepada peniaga yang sudah menjadi vendor Safer Food. Para vendor Safer tidak akan dikenakan sebarang caj penolakan dan boleh berniaga secara online dengan percuma. Safer masih belum menetapkan tarikh akhir tawaran promosi ini, oleh itu pastikan anda rebut peluang ini dengan sebaiknya.

Antara kelebihan lain jika anda mendaftar bersama Safer adalah anda akan diberikan merchandise kedai secara PERCUMA. Antara merchandise tersebut seperti bunting, sticker dan signage Safer Food. Pastikan anda mendaftar segera dan dapatkan merchandise percuma ini sekarang.

BACA JUGA :   "Kedai Mak Cik Seringgit" Menjadi Tumpuan Utama Para Pelajar

Sehingga kini, peniaga di negeri Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Kelantan dan Terengganu telah menjadi vendor di Safer Food. Sekiranya anda masih lagi belum mendaftar sebagai vendor Safer, pastikan anda mendaftar sekarang. Safer juga mempunyai rakan penghantar yang dapat membantu anda menghantar pesanan kepada pengguna. Peniaga hanya perlu menyiapkan pesanan yang telah dilakukan dan terima keuntungan sepenuhnya!

Safer juga menawarkan untuk mempromosikan perniagaan vendor secara dalam talian. Pihak Safer akan mempromosikan kedai vendor di semua media sosial Safer. Berminat untuk menjadi sebahagian daripada vendor Safer? Daftar sekarang di https://www.safer.my/sign-up-restaurant . Peniaga juga boleh memuat turun aplikasi Safer untuk Food Merchant untuk pendaftaran pantas.

Aplikasi tersebut boleh diperoleh menerusi Google Play Store dan Apple App Store. Menerusi aplikasi ini, peniaga akan menerima notifikasi pesanan dan  boleh menyemak data perniagaan yang dilakukan bersama Safer. Untuk mendapatkan lebih banyak maklumat, peniaga boleh berhubung terus dengan pihak Safer menerusi:

Customer Service : 011-2058 6389
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Official Website : https://safer.asia/
Facebook :https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram :https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter :https://twitter.com/SAFERofficial
TikTokhttps://vt.tiktok.com/ZSJ2FEffN/
Youtube : https://bit.ly/safergroup

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here