Semalam, kes baharu COVID-19 telah mencecah 6,000 lebih. Hari ini, setakat jam 4 petang, kenyataan kes baharu sudah dikeluarkan dengan jumlah kes baharu sebanyak 6,806. Apa yang sudah jadi? Kebanyakan kes yang direkodkan adalah daripada negeri Selangor di mana semalam menyumbang sebanyak 2,251 dan hari ini sebanyak 2,277.
Semalam, sudah sohor di media sosial Twitter perkataan road-to-10k setelah kenyataan kes baharu COVID-19 dikeluarkan. Perkara ini disebabkan oleh peningkatan angka yang berlaku dan apabila diteliti, jumlah kes baharu yang meningkat adalah disebabkan ujian saringan percuma yang telah dijalankan di Selangor.
Perkara ini menunjukkan secara tidak sedar, rakyat Malaysia sebenarnya sangat terdedah dengan virus COVID-19 ini. Varian baharu yang dikatakan sangat ganas menyebabkan sesiapa sahaja boleh dijangkiti sama ada mereka mempunyai kontak rapat atau sebaliknya. Perkara ini sangatlah membimbangkan.
Oleh itu, di dalam masa satu minggu ini, muncul perdebatan berkenaan sama ada perlu melaksanakan SOP yang lebih ketat atau PKP penuh. Ada pihak yang mahu melaksanakan SOP yang ketat dan ada yang mahu PKP dilakukan secara penuh. Pada pandangan penulis, SOP yang lebih ketat dan PKP penuh mempunyai kesannya yang tersendiri.
Mahu atau tidak, ekonomi negara sememangnya akan terkesan akibat mana-mana pelaksanaan. Adapun begitu, PKP penuh dilihat sebagai ancaman yang besar kerana negara atau sesebuah negeri mungkin akan berada dalam keadaan lockdown dan kegiatan ekonomi tidak dapat dijalankan secara langsung.

SOP ketat pula dilihat sebagai tali keselamatan terakhir bagi cara pencegahan penularan jangkitan COVID-19. Jika SOP ketat dilakukan, masih ada ruang untuk ekonomi negara bernafas, namun ia mungkin tidak akan memberikan kesan yang memberangsangkan. Jika dilihatkan, masih ramai yang ambil mudah berkenaan SOP yang telah digariskan.
Jika melihat pada keadaan sekeliling, setelah tularnya kes-kes golongan ‘kayangan’ ramai rakyat yang mula mengambil mudah. Buktinya, masih banyak yang melanggar SOP terutama di pasar raya, kedai-kedai makan dan ada terjadi peniaga kecil yang membenarkan pelanggan untuk makan di kedai!
Melihatkan perkara ini, ia bukan hanya tanggungjawab pihak berkuasa untuk mengawasi pematuhan SOP, akan tetapi di antara rakyat Malaysia sendiri. Apabila ditegur, hendaklah kita ambil dengan berlapang dada dan bukannya membentak. Kerajaan mungkin bakal mengeluarkan kenyataan sama ada PKP penuh akan dilakukan atau sebaliknya. Mari kita sama-sama nantikan..
Memerlukan pendapatan tambahan untuk menampung kehidupan? Ayuh menjadi sebahagian daripada komuniti Safer. Safer menawarkan peluang kepada anda untuk menjana pendapatan pasif secara tanpa had.
Pendapatan pasif ini boleh diaktifkan dengan cara berkongsikan referral code yang dijana menerusi aplikasi Safer dan Safer Driver. Mahu menjana pendapatan pasif bersama Safer? Daftar menerusi pautan di bawah.
Daftar sebagai pengguna: https://tinyurl.com/y6u9r4f5
Daftar sebagai rakan penghantar atau pemandu: https://tinyurl.com/y9tj7vv2