Bidang Pengajian Islam merupakan bidang yang tidak asing bagi pelajar-pelajar di Malaysia terutama pelajar Muslim. Adapun begitu, mentaliti masyarakat Malaysia kadang-kalanya menyebabkan pelajar tidak mampu untuk memberanikan diri untuk terus menyambung pengajian di dalam bidang tersebut. Sering kali, bidang Pengajian Islam dikaitkan dengan kerjaya seperti ustaz atau ustazah atau sebagai tenaga pengajar sahaja. Namun begitu, ia adalah lebih luas.
Jika lepasan pelajar Pengajian Islam bijak mencari peluang, pasti mereka akan peroleh pekerjaan yang sesuai dengan bidang yang diambil. Antara peluang yang boleh diambil adalah pekerjaan di dalam sektor perhubungan awam, pakar ekonomi Islam dan lain-lain lagi.
Tambahan lagi, bidang Pengajian Islam mempunyai cabang pengajian yang luas. Ia tidak hanya tertumpu pada Quran dan Hadis, malahan lebih daripada itu. Terdapat pelbagai bidang yang ditawarkan kepada para pelajar yang mahu melanjutkan pengajian terutamanya ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.
Jika anda merupakan pelajar yang mahu melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda bidang Pengajian Islam di luar negara, anda boleh mendapatkan bantuan daripada agensi konsultasi pendidikan Daulah Educonsult. Dengan pendaftaran melalui agensi pendidikan, proses pendaftaran kemasukan pelajar ke universiti terutama ke luar negara menjadi lebih mudah.
Agensi pendidikan dapat menawarkan tempat yang sesuai kepada anda untuk lanjutkan pengajian. Tambahan daripada itu, peluang ini dibuka kepada semua lepasan SPM, IGCSE, Diploma, Matrikulasi, Asasi, STPM, STAM dan lain-lain. Jika anda berminat untuk mendapatkan pendidikan lanjutan di dalam bidang Pengajian Islam, daftar sahaja kemasukan untuk sesi 2021 bersama Daulah Educonsult.
Daulah Educonsult hanya menawarkan universiti luar negara yang telah diiktiraf kepada pelajar. Tidak cukup dengan itu, urusan pendaftaran semuanya akan diuruskan oleh agensi. Pelajar hanya perlu memberikan butiran penting dan Daulah akan membimbing pelajar untuk pengurusan dokumen rasmi seperti visa dan lain-lain.
Mari lihat universiti apa yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult bagi bidang Pengajian Islam kepada pelajar.
Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim, Indonesia
Merupakan sebuah cawangan Universitas Islam Negeri di Pekan Baru, ia telah dibangunkan untuk memenuhi keperluan pendidikan masyarakat di sekitarnya. Terdapat pelbagai program bidang di setiap fakulti yang ditawarkan di UIN SUSKA ini. Antara fakulti yang ada ialah Syariah dan Hukum, Dakwah dan Komunikasi, Usuluddin, Tarbiah dan Keguruan, Psikologi dan lain-lain lagi.
Universitas Islam Negeri Ar-Raniry, Indonesia
Merupakan cawangan awal Universitas Islam Negeri yang ada di Indonesia. Ia menawarkan tempat kepada pelajar luar negara yang mahu menyambung pengajian di sana. Adapun begitu, sedikit perbezaan daripada kedua-dua UIN ini adalah UIN Ar-Raniry tidak confirm seat berbanding UIN SUSKA. Oleh itu, kebanyakan pelajar Malaysia sambung pengajian di UIN SUSKA.
Universitas Al-Azhar, Mesir
Merupakan sebuah universiti terkenal yang ada di Mesir, ia menawarkan bidang pengajian di dalam program Ulum Islamiah kepada pelajar lepasan SPM dan Syariah, Usuluddin dan Bahasa Arab kepada pelajar lepasan STAM. Syarat kemasukan yang sedikit ketat menjadikan ianya sebuah universiti terulung yang menjadikan hanya pelajar terpilih sahaja boleh memasukinya.
Di sinilah sesi konsultasi pendidikan akan dijalankan oleh Daulah Educonsult. Konsultan akan melihat kecenderungan minat dan kemampuan pelajar untuk menawarkan solusi yang terbaik. Untuk mengetahui maklumat lanjut berkenaan peluang yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult atau mahu mendapatkan sesi konsultasi percuma, agensi boleh dihubungi melalui:
Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Email : daulahmedic@gmail.com
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)