Bidang perubatan merupakan antara bidang yang paling diperlukan pada masa kini. Bukan sekadar doktor dan jururawat, pengamal perubatan yang terlatih adalah sangat diperlukan untuk memastikan kehidupan manusia sejagat berada dalam keadaan yang sejahtera.
Jika anda berimpian untuk menjadi salah seorang pengamal perubatan yang dipercayai dan anda mahu melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda. Pastikan anda menjadi salah seorang pelajar daripada universiti perubatan terkenal di Rusia.
Universiti tersebut dikenali sebagai Kursk State Medical University yang terletak di bandar Kursk. Bandar Kursk merupakan salah satu bandar bersejarah yang ada di Rusia. Dan di sini, terletak sebuah universiti perubatan yang mampu untuk melahirkan pengamal perubatan yang berjaya dan berdedikasi.
Peluang belajar di Kursk State Medical University, Rusia
Kursk State Medical University atau KSMU menawarkan peluang kepada pelajar Malaysia untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Bukan sekadar mereka yang merupakan pelajar lepasan Asasi, Diploma, Matrikulasi dan lain-lain yang setaraf, malahan kepada pelajar lepasan SPM, IGCSE dan setarafnya.
Pelajar juga boleh melakukan permohonan atau pendaftaran kemasukan menggunakan keputusan peperiksaan SPM. Bagi pelajar lepasan ini, pelajar perlu mendapatkan sesi konsultasi daripada agensi konsultasi Daulah Educonsult. Daulah Educonsult sedia membimbing pelajar untuk mendapatkan peluang terbaik yang boleh dimiliki pelajar.
KSMU menyediakan tempat kepada pelajar SPM dan setarafnya untuk menyambung pengajian ke bidang Pra-perubatan selama satu tahun. Kemudian pelajar akan melanjutkan pengajian ke bidang Perubatan yang penuh selama enam tahun yang diambil oleh pelajar lepasan Asasi dan setaraf.
Bagi anda yang berminat, permohonan boleh dilakukan menerusi agensi Daulah Educonsult. Daulah Educonsult boleh dihubungi menerusi mana-mana platform yang berikut.
Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Email : daulahmedic@gmail.com
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)
Selain membimbing dalam melakukan pendaftaran, Daulah Educonsult juga menawarkan gift kepada mereka yang telah melakukan tempahan awal menerusi booking seat. KSMU juga menawarkan tempat pengajian yang sangat berpatutan bagi bidang perubatan kepada pelajar. Anda boleh mengetahui berkenaan kelebihan KSMU di sini.