Indonesia merupakan sebuah negara yang kaya dengan budaya dan kepelbagaian adat resam. Keluasan negara ini menjadikan budaya negara ini terpisah mengikut kawasan-kawasan yang tertentu. Antara sebab utama pelajar berminat untuk melanjutkan pengajian di negara ini adalah kerana kos sara hidupnya yang rendah dan keadaan cuaca yang tidak banyak beza dengan negara Malaysia.

Tambahan daripada itu, majoriti rakyat Indonesia adalah beragama Islam, jadi pelajar tidak akan menghadapi masalah untuk mendapatkan makanan halal. Disebabkan Malaysia dan Indonesia merupakan negara serumpun, masalah komunikasi mungkin dapat dielakkan.

Anda mahu mengetahui universiti mana yang ditawarkan oleh Indonesia dan telah mendapat pengiktirafan daripada kerajaan Malaysia? Lihat senarai universiti di bawah.

1. Universitas Sumatera Utara

Terletak di kota Medan, universiti ini menawarkan bidang perubatan, pergigian dan farmasi kepada pelajar Malaysia. Bidang perubatan dan pergigian akan ditempuh selama 5 ½ tahun manakala bidang farmasi ditempuh selama 4 tahun.

BACA JUGA :   Daulah Educonsult Membuka Peluang Pengajian Perubatan Di Indonesia Sesi 2021.
2. Universitas Padjadjaran

Berlokasi di Bandung, Sumedang ia juga menawarkan tiga bidang sains kesihatan utama iaitu perubatan, pergigian dan farmasi.

3. Universitas Hasanuddin

Dibangunkan di Kota Makassar, universiti ini menawarkan bidang perubatan kepada pelajar. Jika anda mahu melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di universiti ini, permohonan boleh dilakukan.

4. Universitas Gadjah Mada

Berpangkalan di Jogjakarta, universiti  ini menjadi pilihan ramai pelajar Malaysia dalam bidang farmasi.

5. Universitas Andalas

Mempunyai hospitalnya yang tersendiri, universiti ini merupakan sebuah universiti yang terletak di Kota Padang, Sumatera Barat.

6. Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim

Didirikan di kawasan Pekan Baru, universiti ini merupakan cawangan universiti Islam yang memiliki ramai pelajar Malaysia melanjutkan pengajian di sana.

Selain universiti yang ditawarkan di atas, terdapat beberapa buah universiti lain yang ditawarkan. Mengikut agensi konsultasi pendidikan Daulah Educonsult, universiti-universiti ini menawarkan tempat kepada pelajar antarabangsa untuk belajar di sana. Berminat untuk memasuki mana-mana universiti yang tersenarai di atas?

BACA JUGA :   Geng Asrama Sudah Bersedia Pulang Semula Ke Rutin Biasa?

Pelajar boleh mendaftar menerusi Daulah Educonsult bagi sesi September 2021. Pastikan anda book seat segera supaya anda termasuk di kalangan mereka yang cornfirm seat. Peluang ini dibuka kepada anda yang merupakan pelajar lepasan SPM, IGCSE, O-level, Matrikulasi, Diploma, Asasi, STPM, STAM dan lain-lain lepasan setaraf.

Untuk mengetahui syarat kelayakan yang digariskan oleh setiap universiti, anda boleh berhubung dengan pihak Daulah Educonsult menerusi mana-mana platform yang dinyatakan di bawah.

Website : http://daulahmedic.com/   
Facebook : Daulah Educonsult   
Youtube : Daulah Educonsult  
Email : daulahmedic@gmail.com  
Nombor pejabat : 03-92851322 
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322  
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here