Bermula pada Februari tahun ini, krisis yang terjadi di Myanmar bagai tiada kesudahan. Menurut Persatuan Tawanan Politik (AAPP), sekurang-kurangnya 877 orang sudah terkorban sejak pertempuran dilakukan dengan pasukan keselamatan.

Mengikut laporan lebih 230,000 rakyat Myanmar hilang tempat tinggal semenjak krisis bermula Februari lalu. Menurut Pejabat PBB untuk Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusian (OCHA), pihaknya sedang menggerakkan operasi bantuan untuk membantu.

Bantuan seperti makanan asas, tempat berteduh, akses kesihatan dan lain-lain adalah sangat diperlukan oleh mereka. Bantuan yang sedang diberikan ada namun telah mendapat halangan akibat daripada pertempuran, keganasan dan ketidakamanan negara ini.

Di negeri Karen, iaitu yang bersempadan dengan negara Thailand, 177,000 rakyat Myanmar telah kehilangan tempat tinggal. Terdapat lebih 20,000 orang berlindung di 100 kawasan pemindahan setelah bermulanya pertempuran. Selebihnya terdapat juga yang melarikan diri ke utara Kachin dan Shan. Wilayah tersebut merupakan antara kumpulan minoriti yang sudah lama memerangi pihak tentera.

BACA JUGA :   Cubaan Untuk Melumpuhkan UMNO, Zahid Dakwa SPRM Beku Akaun UMNO

Kesatuan Kebangsaan Karen (KNU) yang merupakan salah satu kumpulan etnik minoriti yang tertua di Myanmar telah menyuarakan keprihatinan mereka terhadap keganasan yang berlaku. Pihak berkuasa dikatakan telah melakukan kekerasan dan menahan mereka yang tidak bersalah.

Krisis yang telah melanda Myanmar ini telah mengakibatkan rakyat bangkit dan mengadakan protes. Oleh yang demikian, berlaku pertempuran antara penunjuk perasaan dan pihak berkuasa. Lebih dari 6,000 orang yang telah ditahan sejak rampasan kuasa tersebut berlaku.

Sumber: Astro Awani, Al-Jazeera

Anda berminat untuk melanjutkan pengajian ke luar negara dalam bidang perubatan? Ayuh daftar kemasukan segera bersama Daulah Educonsult. Tawaran kemasukan adalah untuk ke Kursk State Medical University, Rusia.

BACA JUGA :   Sekarang Bukan Masa Yang Sesuai Untuk PRU15

Universiti ini mempunyai banyak kelebihan yang ditawarkan kepada pelajar luar negara. Antaranya adalah yuran tetap dan tidak mengikut aliran mata wang dunia. Berminat untuk ketahui dengan lebih lanjut? Hubungi pihak Daulah Educonsult di:

Website : http://daulahmedic.com/   
Facebook : Daulah Educonsult   
Youtube : Daulah Educonsult  
Email : daulahmedic@gmail.com  
Nombor pejabat : 03-92851322 
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322  
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here