Anda masih belum mengaktifkan perniagaan makanan anda di Safer Food Merchant? Ayuh aktifkan akaun perniagaan anda bersama Safer sekarang! Anda hanya perlu mengisi maklumat melalui laman sesawang rasmi Safer dan mendaftar secara percuma. Berikut merupakan antara kelebihan yang bakal anda peroleh apabila anda menjadi salah satu vendor di Safer.

Kelebihan Berniaga Bersama Safer Food Merchant

Yang pertama, anda boleh menikmati keuntungan seratus peratus jika anda berdaftar sekarang kerana Safer sedang menjalankan promosi ‘Zero Commission’. Promosi ini dijalankan untuk memberikan kemudahan kepada peniaga dengan tidak membebankan peniaga melalui penolakan caj komisen. Melalui promosi ini, peniaga sudah boleh berniaga menerusi platform online secara percuma sahaja.

Seterusnya, Safer mempunyai rakan penghantar sendiri yang akan membantu peniaga menyampaikan pesanan kepada pemesan atau pengguna Safer. Pesanan yang telah siap dimasak atau dibungkus akan dibawa dengan cermat oleh rakan penghantar. Peniaga hanya perlu memastikan bungkusan adalah selamat untuk dibawa.

Selain itu, peniaga juga boleh menentukan waktu bekerja seperti bilakah waktu peniaga mahu menerima pesanan. Peniaga boleh menetapkan tetapan melalui fungsi ‘button’ yang telah disediakan di dalam aplikasi Safer Food Merchant peniaga.

BACA JUGA :   Safer Food Bantu Suri Rumah Sebarkan Makanan Untuk Dipromosi

Berkait dengan aplikasi Safer Food Merchant, semua vendor makanan yang mendaftar bersama Safer diwajibkan untuk memuat turun aplikasi ini. Semua pesanan dan tetapan berkenaan perniagaan akan boleh dilakukan menerusi aplikasi tersebut. Aplikasi ini boleh dimuat turun oleh peniaga di mana-mana telefon pintar sama ada Android atau iOS.

Selain menerima pesanan melaluinya, peniaga juga boleh menyemak analisis perniagaan yang telah dijalankan oleh peniaga menerusi platform Safer. Analisis boleh dilakukan tanpa ada campur tangan daripada pihak Safer kerana akaun akan dimiliki sepenuhnya oleh peniaga.

Oleh yang demikian, perniagaan anda boleh dijalankan secara dalam talian tanpa sebarang masalah. Apa yang perlu peniaga lakukan adalah melakukan pendaftaran dan menyemak butiran yang diperlukan untuk mendaftar. Berikut adalah antara dokumen penting yang perlu dikemukakan semasa pendaftaran dilakukan.

      • Kad pengenalan peniaga
      • Lesen/permit perniagaan
      • Lesen SSM
      • Sijil Halal (terutama kepada peniaga bukan Muslim)

Pendaftaran boleh dilakukan menerusi pautan

https://www.safer.my/sign-up-restaurant

Semasa pendaftaran dilakukan, peniaga boleh terus mengisi tetapan-tetapan maklumat yang diperlukan. Antara butiran maklumat tersebut adalah:
      • Lokasi premis perniagaan
      • Waktu perniagaan beroperasi
      • Menu makanan yang dijual berserta gambar
      • Harga yang telah ditetapkan peniaga
      • Akuan bank
BACA JUGA :   Jana Pendapatan Lumayan Menerusi Pendapatan Pasif Bersama Safer

Sekiranya peniaga berhasil untuk melengkapkan semua butiran dan dokumen yang diperlukan, akaun peniaga boleh diaktifkan dalam masa 24 jam sahaja. Jika anda telah mengisi segalanya namun akaun anda tidak diaktifkan, anda boleh berhubung dengan pihak Safer.

Namun, jika anda mempunyai masalah untuk memahami cara pendaftaran atau bagaimana perniagaan dalam talian ini berfungsi, anda boleh menghadiri kelas yang diadakan oleh pihak Safer. Kelas tersebut perlu ditempah terlebih dahulu untuk memudahkan pengurusan kelas yang kini dilakukan secara dalam talian. Jika anda mahu mengikuti kelas tersebut, tempahan boleh dilakukan menerusi:

>> https://bit.ly/KelasBersamaSaferFood <<

Aplikasi Safer Food Merchant pula boleh dimuat turun melalui:
Pihak Safer boleh dihubungi menerusi mana-mana platform di bawah.

Customer Service:011-2058 6389 
Live Chat Safer:https://www.safer.my/ 
Official Website:https://safer.asia/ 
Facebook:https://www.facebook.com/saferasia/ 
Instagram:https://www.instagram.com/safer.my/ 
Twitter:https://twitter.com/SAFERofficial 
TikTokhttps://vt.tiktok.com/ZSJ2FEffN/ 
Youtube: https://bit.ly/safergroup 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here