Sedang mencari peluang pekerjaan sebagai salah seorang rakan penghantar atau pemandu? Daftar sekarang bersama syarikat e-hailing Safer. Anda mempunyai pilihan sama ada untuk menjadi rakan penghantar atau pemandu mengikut jenis kenderaan yang anda miliki.

Kerja penghantaran di Safer adalah tertakluk kepada perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak Safer. Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah Safer Ride, Safer Swift, Safer Food, Safer Delivery dan Safer Concierge. Adapun begitu, peluang sebagai rakan penghantar dan pemandu dibuka untuk empat perkhidmatan sahaja iaitu Safer Ride, Safer Swift, Safer Food dan Safer Delivery.

Rumusan dan skop pekerjaan kepada perkhidmatan yang ditawarkan adalah seperti yang berikut:
  1. Safer Ride

Safer Ride memerlukan rakan pemandu yang menjalankan kerja penghantaran penumpang menggunakan kereta. Penggunaan kereta adalah pelbagai di mana Safer tidak menetapkan jenis kereta yang digunakan. Adapun begitu, jenis kereta akan dikategorikan untuk keperluan pengguna Safer.

Ia akan terbahagi kepada SaferGo, SaferGo Xtra, Safer Gold dan Safer Indulge. SaferGo meliputi jenis kereta dengan kapasiti biasa seperti Axia, Myvi, Saga dan lain-lain. SaferGo Xtra pula meliputi jenis kereta biasa berkapasiti besar seperti Alza, Grand Livina dan lain-lain. Bagi Safer Gold pula, ia meliputi jenis kereta berCC tinggi dengan kapasiti biasa seperti Mercedes, BMW, Passat dan lain-lain. Kereta seperti Alphard, Vellfire dan yang seangkatan dengannya pula merupakan kategori Safer Indulge.

  1. Safer Swift
BACA JUGA :   Luaskan Pasaran Perniagaan Anda Menerusi Safer Food Merchant

Safer Swift mempunyai tugasan yang serupa dengan tugas Safer Ride. Ia merupakan sebuah khidmat penghantaran penumpang dari satu lokasi ke lokasi yang lain namun menggunakan kenderaan yang berbeza iaitu motosikal. Perkhidmatan ini terinspirasi daripada perkhidmatan ‘Ojek’ yang sedang dijalankan di Indonesia.

  1. Safer Food

Merujuk kepada nama perkhidmatan, Safer Food adalah perkhidmatan yang menawarkan khidmat pemesanan makanan secara dalam talian. Pengguna boleh memilih makanan daripada mana-mana kedai yang diingini dan rakan penghantar akan menghantarkan makanan tersebut kepada pengguna.  Penggunaan kenderaan yang sering digunakan adalah motosikal.

  1. Safer Delivery

Menawarkan khidmat penghantaran pelbagai jenis barangan, ia menawarkan penghantaran mengikuti kapasiti barang tersebut. Bermula dengan penghantaran menggunakan motosikal, ia boleh mencecah kepada penghantaran menggunakan lori. Rakan penghantar juga dapat menerima tempahan sama ada secara Single Delivery atau Multiple Delivery.

Perbezaan di antara kedua-dianya adalah Single Delivery hanya menawarkan ke satu lokasi sahaja. Bagi Multiple Delivery merupakan jenis penghantaran dari satu lokasi ke banyak lokasi lain.

Antara syarat untuk menjadi rakan penghantar Safer adalah:

    • Mempunyai kenderaan seperti motosikal, kereta, van, lori dan lain-lain.
    • Memiliki lesen kenderaan yang sah.
    • Mempunyai telefon pintar dengan rangkaian internet (Android atau iOS).
BACA JUGA :   Berdaftar Sebagai User Untuk Nikmati Perkhidmatan di Safer

Antara syarat untuk menjadi rakan pemandu Safer adalah:

    • Mempunyai kenderaan seperti motosikal atau kereta.
    • Memiliki lesen kenderaan yang sah dan penuh.
    • Mempunyai e-hailing insurans dan lesen PSV.
    • Tahun buatan kenderaan 2012 dan ke atas.
    • Mempunyai telefon pintar dengan rangkaian internet (Android atau iOS).

# Lesen EVP akan diuruskan oleh pihak Safer.

Jika anda berminat untuk menyertai Safer sebagai rakan penghantar atau pemandu, anda boleh mendaftarkan akaun anda menerusi pautan di bawah:

>>https://tinyurl.com/y9tj7vv2<<

Setelah melengkapkan segala dokumen dan butiran yang diperlukan, anda boleh memuat turun aplikasi Safer Driver menerusi

Antara dokumen penting yang diperlukan semasa mendaftar adalah:

      • Kad pengenalan
      • Lesen kenderaan
      • Insurans kenderaan
      • Geran kenderaan
      • Road tax
      • Akaun bank

Pastikan anda melengkapkan semua butiran dan dokumen yang diperlukan supaya pengaktifan akaun anda dapat dijalankan dalam masa 24 jam. Setelah pengaktifan dilakukan, anda sudah boleh menjalankan kerja penghantaran bersama Safer. Untuk mengetahui maklumat lanjut berkenaan peluang yang ditawarkan pihak Safer, anda boleh berhubung dengan pihak Safer menerusi:

Customer Service : 011-2058 6389
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Official Website : https://safer.asia/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSJ2FEffN/
Youtube : https://bit.ly/safergroup

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here