Baru-baru ini, Kementerian Pendidikan telah memaklumkan bahawa pihak kementerian akan mengambil 18,702 guru baharu secara one-off. Hal ini dilakukan untuk mengisi kekurangan guru dalam mengajar subjek-subjek kritikal di sekolah rendah dan menengah.

Tawaran ini dibuka kepada semua pemegang ijazah tidak mengira berkaitan pendidikan dan perguruan atau tidak. Sesiapa yang berminat untuk menjadi salah seorang guru boleh mendaftarkan diri secara dalam talian. Permohonan akan dibuka pada 7 Julai bagi penempatan bulan Oktober nanti.

Mengikut pihak kementerian, saringan terperinci akan dijalankan kepada semua calon program pengambilan khas guru secara one-off ini. Saringan ini adalah untuk memastikan kualiti mereka yang terpilih tidak dikompromi.

Selain itu, setiap daripada calon perlu menepati kriteria dan standard yang telah ditetapkan oleh Institut Pendidikan Guru (IPG). Perkara ini untuk mengelakkan tenaga pengajar yang datang dari program ini tidak diambil secara semberono dan hanya sekadar untuk mengisi kekosongan.

BACA JUGA :   Remaja Penggiat Basikal Lajak Perlu Diberikan Ruang, Kata Pusat Latihan Remaja

Menurut Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Rusmini Ku Ahamad, setiap calon yang mendaftar diwajibkan untuk lulus Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG). Kelulusan ini adalah termasuk kepada mereka yang bukan berlatarbelakangkan pengajian pendidikan dan perguruan.

UKCG ini merupakan sebuah ujian psikometrik yang mengandungi dua bahagian. Ia terdiri daripada bahagian inventori yang berkaitan dengan sahsiah perguruan dan bahagian indeks pengesanan kendiri.

Bakal guru yang telah lulus akan menjalani latihan yang sewajanya bagi mendapatkan pengetahuan, kaedah pengajaran atau pedagogi, etika keguruan dan kemahiran yang diperlukan masa ini khususnya dalam aspek teknologi digital.

Bagi memberikan jaminan bahawa guru yang diambil dari kalangan bukan graduan pendidikan dan perguruan, mereka calon guru wajib mengikuti Program Diploma Pasca Siswazah Pendidikan selama tiga semester. Hal ini bagi memastikan mereka memiliki pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan sebagai seorang guru.

BACA JUGA :   Pendaftaran Sesi November Ke Maahad Buuth Melalui Madrasah Daulah
Sumber: Astro Awani

Anda mahu menjadi seorang pengamal perubatan? Berkeinginan untuk sambung pengajian di luar negara? Ayuh mendaftar sebagai pelajar di Universitas Sumatera Utara, Indonesia. Antara bidang yang ditawarkan adalah perubatan, pergigian dan farmasi.

Peluang sambung belajar ini dibuka kepada pelajar lepasan SPM, IGCSE, O-Level, STPM, Asasi, Matrikulasi, Diploma dan lain-lain lepasan setaraf. Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan peluang ini, anda boleh berhubung dengan pihak Daulah Educonsult.

Website : http://daulahmedic.com/   
Facebook : Daulah Educonsult   
Youtube : Daulah Educonsult  
Email : daulahmedic@gmail.com  
Nombor pejabat : 03-92851322 
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322  
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here