Bagaimana dengan keputusan adik-adik semua? Diharap semuanya berpuas hati dengan apa juga keputusan yang telah diperoleh. Anda sudah lakukan yang terbaik dan sekiranya anda berasa anda memerlukan bantuan untuk menentukan hala tuju pendidikan yang seterusnya, Daulah Educonsult sedia membantu adik-adik.

Daulah Educonsult merupakan sebuah agensi konsultasi pendidikan yang ditubuhkan untuk membantu para pelajar merealisasikan impian untuk melanjutkan pengajian dan mendapatkan pendidikan di peringkat antarabangsa. Antara tawaran peluang yang telah dibuka adalah di salah sebuah negara di benua Eropah iaitu Rusia.

Jika anda berimpian untuk sambung pengajian di Rusia, anda boleh lakukannya meskipun anda merupakan lepasan SPM atau mana-mana lepasan setaraf! Daulah Educonsult juga menawarkan peluang ini kepada semua lepasan pelajar lain seperti lepasan Asasi, Diploma, Matrikulasi, STPM dan lain-lain lepasan yang setaraf.

Peluang sambung pengajian ini adalah pada peringkat Ijazah Sarjana Muda. Bagi bidang yang ditawarkan pula, Daulah Educonsult menawarkan permohonan kemasukan ke bidang perubatan, social work, pengurusan perniagaan antarabangsa dan kejuruteraan pesawat di universiti sekitar Rusia.

BACA JUGA :   TEROKAI KOTA ANBIA DI MESIR SAMBIL BELAJAR

Antara universiti yang boleh dipilih pelajar adalah:

  1. Kursk State Medical University

Universiti ini merupakan universiti yang mempunyai paling ramai pelajar Malaysia. Tawaran bidang yang dibuka adalah pra-perubatan, perubatan dan social work. Antara kelebihan utama universiti ini adalah ia menawarkan yuran pengajian yang lebih rendah berbanding yuran di universiti sekitar Rusia yang lain.

  1. Volgograd State Medical University

Telah melatih pelajar dari tahun 1962, universiti ini mempunyai tenaga pengajar yang terlatih dan menjaga kebajikan pelajarnya dengan sangat baik. Sejak tahun 2000, universiti ini juga telah mula menjalankan pengajian dalam bahasa Inggeris kepada pelajar antarabangsa.

  1. IM Sechenov First Moscow State Medical University

Merupakan sebuah universiti yang tertua dan terbesar di Persekutuan Rusia, ia telah memainkan peranan utama dalam pembangunan perubatan di Rusia. Pelbagai bidang telah ditawarkan namun Daulah Educonsult membuka tawaran kepada pelajar Malaysia dalam bidang perubatan am dalam medium bahasa Inggeris.

  1. Saint Petersburg University

Mudah dikenali sebagai SPbU, universiti ini merupakan antara pembinaan universiti terawal di Rusia. Hari ini, SPbU menjadi salah satu pusat utama sains, pendidikan dan budaya Rusia yang mempunyai kedudukan di peringkat antarabangsa yang sangat tinggi. Meskipun ia menawarkan pelbagai jenis bidang, bidang yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult adalah pengurusan perniagaan antarabangsa.

  1. Moscow Aviation Institue

Jika pelajar berminat untuk mendalami bidang kejuruteraan pesawat, pelajar boleh memohon ke institusi ini. Ia merupakan salah sebuah universiti yang terletak betul-betul di tengah bandar Moscow. Oleh yang demikian, latihan teknikal dan amali tidak menjadi masalah buat pelajar.

BACA JUGA :   Penawar Malaria Tidak Sesuai untuk Pesakit COVID-19

Bagi pelajar yang berminat untuk memohon kemasukan ke mana-mana universiti yang telah ditawarkan, pelajar boleh berhubung dengan konsultan Daulah Educonsult. Konsultan Daulah boleh dihubungi menerusi mana-mana platform yang berikut:

Website : http://daulahmedic.com/   
Facebook : Daulah Educonsult   
Youtube : Daulah Educonsult  
Email : daulahmedic@gmail.com  
Nombor pejabat : 03-92851322 
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322  
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here