SAFER merupakan salah sebuah aplikasi yang telah dibangunkan oleh Safer Group. Safer Group ini merupakan kumpulan syarikat yang telah ditubuhkan oleh rakyat bumiputera tempatan untuk menyaingi produk keluaran antarabangsa. Antaranya adalah syarikat Grab.

Antara beberapa perkhidmatan yang ditawarkan oleh Safer adalah Safer Ride, Safer Swift, Safer Food, Safer Delivery dan Safer Concierge. Setiap perkhidmatan mempunyai tawaran yang berbeza mengikut fungsinya. Penerangan kepada semua perkhidmatan yang ditawarkan adalah seperti yang berikut:

  1. Safer Ride & Safer Swift

Menawarkan perkhidmatan penghantaran penumpang dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Mempunyai pelbagai kategori yang boleh dipilih mengikut keperluan dan kehendak pengguna. Antara beberapa pilihan yang ada ialah:

  1. Safer Food

Menawarkan perkhidmatan pemesanan dan penghantaran makanan kepada pengguna Safer. Pengguna Safer akan boleh memesan dan membeli makanan secara dalam talian sahaja. Pelbagai pilihan makanan yang ditawarkan oleh Safer Food dan pilihan kedai yang menarik kepada anda.

Pilihan kedai di Safer Food terdiri daripada peniaga-peniaga yang menjual makanan menerusi cara home-cooked, food-truck, warung, kedai tepi jalan dan banyak lagi. Dengan itu, banyak pilihan menarik yang boleh anda pilih mengikut kesesuaian cita-rasa anda.

  1. Safer Delivery

Perkhidmatan Safer Delivery merupakan khidmat penghantaran barangan yang boleh menawarkan servis penghantaran dari sekecil-kecil barang. Anda boleh memilih mahu menghantar barangan ke satu atau banyak lokasi. Ia dipanggil sebagai Single Delivery dan Multiple Delivery.

BACA JUGA :   Jadi Safer Delivery Partner & Driver Sekarang, Pendaftaran Adalah Percuma.

Selain itu, jika anda mahu menghantar dokumen secara pantas dan selamat, Safer Delivery juga mampu untuk menjalankan tugas ini untuk anda. Jenis kenderaan yang digunakan juga adalah pelbagai dan ia bergantung kepada kapasiti barangan yang mahu dihantar.

  1. Safer Concierge

Perkhidmatan ini merupakan salah satu perkhidmatan yang dikategorikan sebagai perkhidmatan bantuan peribadi. Pengguna Safer boleh menempah seorang pembantu untuk membantu pengguna menjalankan suatu perkara.

Contoh bantuan yang boleh dihulurkan adalah bantuan mengangkat barangan, bantuan meneman untuk ke mana-mana lokasi, dan lain-lain lagi. Pembantu yang telah ditempah akan dibayar mengikut tempoh masa dengan kadar bayaran yang telah ditetapkan mengikut jam.

E-wallet di aplikasi Safer

Penempahan segala perkhidmatan di Safer boleh dibayar menggunakan tunai. Akan tetapi, Safer juga mempunyai fungsi e-wallet yang boleh memudahkan kerja pembayaran anda. Dengan adanya e-wallet ini, anda tidak perlu mengeluarkan tunai daripada akaun bank. E-wallet tersebut boleh ditop-up melalui transaksi online banking.

BACA JUGA :   Safer Delivery Jauhkan Anda Dari Sentuhan Secara Telus

Pendapatan Pasif di Safer

Selain itu, pengguna Safer juga berpeluang untuk jana pendapatan tambahan melalui fungsi perkongsian referral code. Dengan cara perkongsian referral code ini, anda boleh mendapatkan pendapatan pasif sekiranya mereka yang masih belum mempunyai akaun Safer, mendaftar akaun baharu menggunakan kod unik pengguna.

Apabila mereka sudah mendaftar, pengguna akan peroleh pendaftar referral yang mampu untuk mendatangkan pulangan kepada anda. Hal ini kerana, apabila pendaftar referral menggunakan mana-mana perkhidmatan Safer, pemilik kod akan menerima 1% pulangan daripada nilai transaksi yang dijalankan oleh pendaftar referral.

Dengan itu, semakin ramai yang mendaftar menggunakan referral code seseorang pemilik akaun, semakin banyak pulangan yang boleh pemilik akuan peroleh. Safer tidak mengehadkan apa-apa sekatan kepada pengguna untuk berkongsikan referral code tersebut kepada orang ramai.

Untuk mengetahui tawaran menarik yang sedang dijalankan oleh Safer, anda boleh mengikuti mana-mana platform media sosial Safer seperti yang berikut:

Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSJ2FEffN/
Youtube : https://bit.ly/safergroup

Safer juga mempunyai talian khidmat pelanggan yang boleh anda hubungi:

Customer Service : 011-2058 6389
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Official Website : https://safer.asia/

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here