Anda merupakan lepasan pelajar SPM, IGCSE, STPM, Asasi, Matrikulasi, Diploma, IB atau lain-lain lepasan setaraf? Mencari peluang untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Perubatan di universiti sekitar Rusia? Ayuh daftar permohonan ke mana-mana universiti pilihan Rusia sekarang!

Daulah Educonsult masih buka pendaftaran kemasukan pelajar bagi sesi 2021. Jika anda berimpian untuk menjadi pelajar lepasan universiti luar negara, pastikan anda book seat anda bersama Daulah Educonsult sekarang.

Pilihan universiti:

    • Kursk State Medical University
    • Volgograd State Medical University
    • Privolzhsky Research Medical University
    • IM Sechenov First Moscow State Medical University

Adapun begitu, terdapat pelbagai lagi universiti yang telah ditawarkan kepada pelajar. Universiti-universiti yang ditawarkan mempunyai bidang perubatan di peringkat Ijazah Sarjana Muda yang boleh dimohon kemasukannya. Anda tidak perlu bimbang berkenaan pengiktirafan universiti kerana semua universiti yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult telah mendapat pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

BACA JUGA :   PERSEDIAAN UNTUK MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Selain itu, universiti-universiti yang ditawarkan juga merupakan universiti yang telah mendapat pengiktirafan daripada pihak MMC, KPT, JPA, WHO dan lain-lain. Jadi, anda tidak perlu bimbang berkenaan kelulusan sijil pelajaran setelah habis pengajian. Proses Latihan Praktikal atau housemanship juga boleh dijalankan dengan lancar.

Yuran pengajian keseluruhan di universiti sekitar Rusia bermula daripada RM210 ribu dengan yuran pengajian tahun pertama sekitar RM70 sehingga RM100 ribu. Pengajian bidang Perubatan di Rusia adalah selama enam tahun. Dengan tempoh tahun pengajian yang agak lama, mungkin pelajar akan lebih bersedia menempuh dunia perubatan yang sebenar.

Selain menyambung pengajian dalam bidang perubatan di Rusia. Daulah Educonsult turut membuka peluang menyambung pengajian di negara lain seperti Indonesia, Bangladesh dan Poland. Peluang dibuka kepada semua pelajar lepasan seperti yang dinyatakan di atas.

BACA JUGA :   Solat Tarawih Secara Dalam Talian Adalah Tidak Sah
Antara syarat awam kelayakan kemasukan ke universiti di luar negara ialah:-
      • Lepasan SPM dan setaraf: Memperoleh sekurang-kurangnya minimum B bagi semua subjek sains seperti Biologi, Fizik, Kimia dan  Matematik @ Matematik Tambahan.
      • Lepasan Asasi dan setaraf: Memperoleh sekurang-kurangnya minimum 3.5 bagi keputusan keseluruhan.

Jika anda memperoleh keputusan selain daripada syarat kelayakan yang diperlukan, anda boleh mendapatkan bantuan konsultasi daripada pihak Daulah Educonsult. Konsultan Daulah Educonsult sedia membantu anda untuk mendapatkan jalan penyelesaian terbaik. Selain menawarkan konsultasi secara percuma, anda juga boleh mendapatkan segala maklumat berkenaan peluang pengajian di luar negara bersama Daulah Educonsult.

Pihak Daulah Educonsult boleh dihubungi menerusi:
Website : http://daulahmedic.com/   
Facebook : Daulah Educonsult   
Youtube : Daulah Educonsult  
Email : daulahmedic@gmail.com  
Nombor pejabat : 03-92851322 
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322  
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here